Scotland sah layak ke Euro 2024 selepas Norway tewas 0-1 di tangan Sepanyol dalam aksi kelayakan di Oslo awal pagi tadi.

Keputusan itu menempatkan pasukan bimbingan Steve Clarke berkenaan dalam kelompok dua teratas Kumpulan A dengan berbaki dua perlawanan.

Jika Norway menang, ia bermakna Scotland hanya memerlukan satu mata daripada baki perlawanan di Georgia dan ketika menanti Norway di laman sendiri bulan depan.

Bagaimanapun, jaringan Gavi dalam separuh masa kedua menentang Norway melayakkan Scotland ke kejohanan utama di German tahun depan.

Sepanyol, yang menewaskan Scotland 2-0 di Seville pada Khamis lalu untuk melunaskan dendam kekalahan dengan jaringan sama di Hampden Park pada Mac lalu, juga mengesahkan kelayakan dengan menduduki tempat teratas Kumpulan A dan hanya dibezakan defisit jaringan dengan Scotland.

Mereka masih mempunyai dua baki perlawanan, iaitu menentang Cyprus dan Georgia.