Joselu menjaringkan dua gol lewat pada penampilan sulung antarabangsanya ketika Sepanyol membuka kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan 3-0 ke atas Norway di La Rosaleda dalam perlawanan pertama Luis de la Fuente sebagai pengurus.

Sepanyol sama sekali tidak menghadirkan permainan yang memberangsangkan, dengan pelawat yang tanpa khidmat Erling Haaland mensia-siakan beberapa peluang yang baik, tetapi Joselu membalas kepercayaan De la Fuente menjelang penghujung perlawanan.



De la Fuente -- dilantik menggantikan Luis Enrique selepas penyingkiran Piala Dunia -- menamakan kesebelasan utama yang kelihatan tidak dikenali namun menyaksikan pasukannya mendahului awal menerusi Dani Olmo.

Mereka menyerap tekanan Norway melalui beberapa aksi cemerlang ditampilkan Kepa Arrizabalaga sebelum pemain gantian, Joselu, menghukum pelawat dengan dua gol dalam beberapa minit sebelum tamat permainan.