Tonggak utama Liverpool, Mohamed Salah, memberi bayangan akan terus bersama skuad The Reds pada musim depan sebagai pemain serta sebagai penghormatan buat Jurgen Klopp.

Legasi Klopp selama sembilan tahun di Anfield berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves pada Ahad lalu, dengan menamatkan kempen terakhirnya di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Salah menolak spekulasi perpindahannya selepas berikrar untuk membawa Liverpool meraih lebih banyak kejuaraan pada musim depan.



"Kami tahu bahawa trofi adalah perkara yang penting dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk merealisasikannya musim depan.

"Penyokong berhak mendapatkannya dan kami akan berlawan dengan gigih.

"Ia perasaan yang sangat bagus dapat berkongsi semua trofi dan penggalaman dengan anda sepanjang tujuh tahun yang lalu.

"Saya ucapkan selamat maju jaya untuk masa depan anda dan semoga kita berjumpa lagi." katanya menerusi satu hantaran di X.