Shaiful Shamsudin
Sat Oct 07 2023
Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson, mengakui pasukannya berdepan "krisis kecederaan serius" dengan pemain tengah, Eberechi Eze, menjadi mangsa terbaru yang terpaksa berehat panjang.
Isu hamstring menyebabkan Eze terlepas menyertai skuad England asuhan Gareth Southgate selepas dia beraksi cemerlang bulan lalu dan pemain berusia 25 tahun itu menyertai senarai kecederaan Palace untuk pertemuan di tempat sendiri dengan Nottingham Forest, malam ini.
Di sebalik tamparan terbaru itu, Hodgson menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mencari alasan sambil menunjuk kepada gambaran yang lebih besar untuk meredakan keresahan penyokong.
Hodgson berkata: “Tiada simpati dalam dunia bola sepak untuk kecederaan dan tidak ada gunanya mencari simpati. Ia boleh berlaku kepada semua pasukan.
“Kebetulan kami tersepit dengan krisis kecederaan yang agak serius pada masa ini tetapi kami perlu belajar untuk menanganinya dan menerima keadaan seadanya sambil menantikan masa yang sesuai untuk mereka kembali.
"OK, ia tidak akan pulih dalam seminggu dua ini tetapi kita harus ingat bahawa musim ini tidak akan berakhir sebelum Mei tahun depan."
EPL: Guardiola amat bangga dengan Manchester City walaupun seri dengan Crystal Palace
Pep Guardiola menabik semangat juang Manchester City dan amat berbangga dengan pasukan itu walaupun sekali lagi keciciran mata apabila terikat 2-2 dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson letak jawatan
Roy Hodgson telah meletak jawatan sebagai pengurus Crystal Palace beberapa jam sebelum pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Everton.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson, dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dipantau di Hospital selepas berasa tidak sihat sewaktu latihan pasukan itu malam tadi, demikian disahkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
EPL: Dua gol Conor Gallagher kembali hantui Crystal Palace
Chelsea memastikan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace, dengan Conor Gallagher muncul duri dalam daging menghukum bekas pasukannya di Selhurst Park.
EPL sedang kaji had gaji kelab bagi tingkat persaingan -- Steve Parish
Liga Perdana Inggeris (EPL) sedang mengkaji semula had tangga gaji kelab bagi mengekalkan persaingan liga divisyen utama itu, kata Pengerusi Crystal Palace, Steve Parish.
Crystal Palace tenang hadapi krisis kecederaan
Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson, mengakui pasukannya berdepan "krisis kecederaan serius" dengan pemain tengah, Eberechi Eze, menjadi mangsa terbaru yang terpaksa berehat panjang.
Tiada alasan: Erik Ten Hag bimbang prestasi buruk Manchester United
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, mula bimbang selepas pasukannya meneruskan permulaan buruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila tewas 0-1 kepada Crystal Palace di laman sendiri malam tadi.
EPL: Kecederaan Martinez tambah derita Manchester United
Manchester United mengumumkan Lisandro Martinez akan disisihkan dalam tempoh yang panjang ekoran kecederaan kaki berulang yang dialami pemain itu sejak akhir musim lalu.
EPL: Michael Olise tidak ke Chelsea, lanjut kontrak empat tahun di Crystal Palace
Pemain yang menjadi sasaran Chelsea, Michael Olise, menandatangani kontrak baru selama empat tahun di Crystal Palace, demikian disahkan presiden The Eagles, Steve Parish.
EPL: Hodgson sedih Zaha pilih tinggalkan Palace untuk ke Galatasaray
Roy Hodgson meratapi kehilangan figura ikonik di Crystal Palace apabila Wilfried Zaha memilih untuk meninggalkan pasukan itu untuk menyertai pasukan gergasi Turki, Galatasaray.
Orlando sell Torres to Palmeiras for club-record fee
Torres leaves Orlando for Palmeiras
Woods 'not competitive' ahead of return at PNC Championships
Woods: I am not competitive
Postecoglou demands 'more respect' for Premier League managers
Postecoglou demands more respect
Rivers laments lack of rest after NBA Cup triumph following Cavs defeat
Rivers laments lack of rest
Embiid vows to 'play at 50%' after big return for Sixers
Embiid vows to 'play at 50%'
Atlanta appoint former MLS Cup winner Deila as new head coach
Atalanta appoint Deila
Fonseca delighted to see injury-hit Milan escape rut
Fonseca hails injury-hit Milan
Girona boss Michel eyeing European football again after Valladolid win
Michel eyeing European football
Amorim buoyed by Man Utd improvements despite latest defeat
Preview: Man Utd v Bournemouth
Liew Daren Betting Scandal: A look back at previous high-profile cases
Former national shuttler Liew Daren has become the latest individual to be charged for involvement in betting. In line with that, Stadium Astro recounts some of the previous high-profile betting related cases.