Chelsea memastikan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace, dengan Conor Gallagher muncul duri dalam daging menghukum bekas pasukannya di Selhurst Park.

Tuan rumah turun tempang dalam perlawanan ini -- yang tanpa khidmat pemain berpengaruh seperti Michael Olise, Eberechi Eze dan Marc Guehi ekoran kecederaan, berjaya mendahului perlawanan menerusi rembatan kencang Jefferson Lerma -- jaringan sulung bersama The Eagles.

Gallagher menyamakan kedudukan sejurus separuh masa kedua bersambung, menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada minit ke-47.

Ketika tuan rumah yang diancam penyingkiran daripada saingan hampir memperoleh satu mata, Gallagher menjaringkan gol kedua sebelum Enzo Fernandez memastikan Chelsea membawa pulang tiga mata penuh.