Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, mula bimbang selepas pasukannya meneruskan permulaan buruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila tewas 0-1 kepada Crystal Palace di laman sendiri malam tadi.
Dalam kempen EPL 1989/90, Sir Alex Ferguson dilaporkan hanya satu perlawanan lagi untuk dipecat selepas United tewas empat daripada tujuh perlawanan liga pertama mereka.
dan kali ini, gol daripada Joachim Andersen dalam separuh masa pertama buat Palace memberikan nasib yang sama kepada Ten Hag dan menyebabkan penyokong setia mereka di Old Trafford mula mencemuh pasukan itu pada penghujung perlawanan.
Pada awalnya, ia kelihatan seperti United sedang mengubah nasib mereka musim ini selepas kemenangan ke atas lawan sama dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL) pada Selasa, termasuk kemenangan di Burnley pada hujung minggu lalu tetapi tekanan kini kian memuncak buat atas Ten Hag.
Ditanya sama ada dia memahami kekecewaan penyokong, Ten Hag berkata: "Saya faham apabila kami bermain di laman sendiri atau tempat lawan, kami perlu menang ke atas Crystal Palace.
"Saya tahu setiap perlawanan adalah sukar dan kami perlu bermain dengan baik dan saya faham peminat menjangkakan kemenangan tetapi nasib tidak menyebelahi kami.
"Sudah tentu ia membimbangkan, kami perlu lebih konsisten, kami perlu lakukan lebih baik dari sekarang dan mendapatkan kemenangan berturut-turut.
"Saya boleh beri penjelasan tetapi anda akan menganggapnya sebagai satu alasan. Tiada alasan lagi, kami perlukan kemenangan."
United menghadapi masalah di laman sendiri musim ini selepas bernasib baik dapat menewaskan Wolves dan Nottingham Forest, di mana mereka juga terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-2, tetapi mereka tewas kepada Brighton dan Palace.
Jurulatih berbangsa Belanda itu menegaskan bahawa pasukannya bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.
"Kami tewas dua perlawanan berturut-turut dalam EPL tetapi saya tidak akan mengatakan itu penamatnya, kami perlu lakukan lebih baik dan itu pasti akan berlaku.
"Kami perlu menunjukkan dalam setiap gerak-geri kami bahawa Old Trafford adalah kubu kuat dan anda tidak akan mendapatkan apa-apa di sini. Satu-satunya cara untuk anda keluar dari sini adalah dengan kekalahan. Kami perlu lakukannya dengan lebih baik di sini," katanya.
Fatin Ruzaiman
Sun Oct 01 2023


SOPMA: Keserasian kunci utama bola sepak orang pekak Selangor
Ketua jurulatih bola sepak orang pekak Selangor, Rudie Ramli, menjelaskan komunikasi merupakan kunci utama dalam pembentukan keserasian antara pemain.

KPM: Fadhlina Sidek puas hati potensi bola sepak B-17
Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, menyifatkan Penganjuran Liga Bola Sepak KPM Edisi Ke-16 berlangsung dengan jayanya.

Liga Super: Info siaran langsung & live streaming Kedah vs Selangor
Perebutan slot Piala AFC diteruskan menerusi pertembungan Kedah dan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

'Advantage' memihak Selangor -- Nafuzi Zain
Menjelang perebutan tempat naib juara Liga Super musim ini, Selangor menjadi pasukan pilihan, menurut ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain.

Undi: Selangor atau Kedah Darul Aman? Pasukan mana akan ke Kejohanan Asia?
Selangor dan Kedah Darul Aman akan bertembung dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok.

UCL: Ben White bakal 'digari' lebih lama oleh Arsenal
Khidmat Ben White ditagih untuk jangka tempoh yang panjang apabila diketahui umum, perbincangan mengenai pelanjutan kontrak telahpun bermula.

UEL: Gol minit terakhir Soucek pastikan kemenangan West Ham di Serbia
Tomas Soucek sekali lagi menjadi "hero saat akhir" West Ham apabila menjaringkan gol seminit sebelum tamat yang beri laluan buat pasukannya untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Gol penalti Joao Pedro bawa Brighton ke pusingan kalah mati
Brighton mengesahkan tempat dalam pusingan kalah mati Liga Europa selepas jaringan penalti Joao Pedro dalam babak kedua memastikan kemenangan 1-0 ke atas 10 pemain AEK Athens.

UEL: Salah hampiri gol ke-200 ketika Liverpool sahkan kedudukan teratas
Liverpool mara ke pusingan kalah mati Liga Europa (UEL) selaku juara kumpulan biarpun masih berbaki satu perlawanan sebaik menewaskan LASK 4-0 di Anfield awal pagi tadi.

UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pihak polis dilaporkan cedera dalam satu insiden keganasan melibatkan penyokong Legia Warsaw menjelang perlawnan Liga Persidangan Eropah (UECL) menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi.

Susie Wolff denies report she shared confidential details with her husband
The FIA said it was looking at allegations the F1 Academy boss had shared information with Mercedes team principal Toto Wolff.

A special night – Mikel Arteta savours late Declan Rice winner
The England midfielder headed home in the seventh minute of added time to defeat Luton.

I don’t know what to say – Sarina Wiegman stunned by Nations League finale
Lucy Bronze’s stoppage-time goal looked to have won the group for England but the Netherlands scored a crucial fourth against Belgium.

Billy Heath still hoping Alfreton can make FA Cup third round after Walsall draw
Heath felt Town were the better side.

Stuart Kettlewell says sorry to Motherwell fans after Ross County loss
Well are now 12 Premiership games without a win.

Gary O’Neil waxes lyrical over ‘impressive’ Wolves match-winner Hwang Hee-chan
Burnley remain in the relegation zone after a narrow defeat at Wolves.

We’ll win the Premier League – Pep Guardiola sends message to Man City’s rivals
City are currently three points off leaders Arsenal.

‘See my record’ – Erik ten Hag insists he is right man to lead Manchester United
Saturday’s lifeless 1-0 loss at Newcastle was their 10th loss in 21 matches in all competitions, leading criticism and pressure to mount on Ten Hag.

Difficult to understand new rules – Mauricio Pochettino
The Chelsea boss has seen his side pick up a league-high 47 bookings this season.

Declan Rice earns dramatic last-gasp win for Arsenal at Luton
The midfielder’s header settled a 4-3 thriller at Kenilworth Road.