Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel, menegaskan tiada siapa yang harus menyalahkan antara satu sama lain selepas mereka tersingkir mereka dalam Piala Jerman kepada kelab divisyen tiga, Saarbrucken, sambil mengakui ia memerlukan sedikit masa untuk dihadamkan.

Juara Bundesliga itu menuju ke Borussia Dortmund untuk pertembungan Der Klassiker, awal pagi ini, dan Tuchel mengakui maruah yang tercalar di pertengahan minggu ini pastinya membuatkan perjalanan mereka bertambah berliku.

“Ia mengambil sedikit masa untuk menghadamkannya. Tiada sebab untuk meletak jawatan dan menuding jari antara satu sama lain,” katanya.

“Kami jelas sangat kecewa. Tiada siapa pun yang menengking mahupun menyalahkan orang lain.

"Kami amat kecewa kerana matlamat kami jelas tapi kami perlu melupakannya.

“Adalah penting untuk mengekalkan perpaduan dan bertenang. Kritikan harus dihadapi. Kami tahu apa yang kami lakukan.”

Tuchel turut menepis kritikan berubung kegagalannya mengekalkan keharmonian di dalam kelab itu.

"Anda tidak boleh mengharapkan pujian, kami wajar kritikan. Apabila anda menyertai Bayern, anda berbuat demikian demi bersaing dalam setiap kejuaraan,” tambahnya.



“Kami tahu di mana kedudukan kami dan kami mahu menjadi lebih baik. Saya secara peribadi akur kekalahan ini. Kami harus berdiri bersama dan teruskan.

“Saya sebahagian daripada pasukan dan kelab yang hebat. Saya adalah sebahagian daripadanya dan baik ketika menang dan kalah.

“Semuanya baik dalam soal hubungan dalaman, jika tidak kami tidak akan mampu musim seperti ini.

“Dan kekalahan ini walaupun tidak kira betapa menyakitkannya, ia tidak akan mengubahnya keadaan. Ini akan kekal dalam catatan."