GALATASARAY 1 BAYERN 3

Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel, masih tidak berpuas hati dengan mutu persembahan anak buahnya sekalipun memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Galatasaray dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.


Tuchel melabel jentera serangan barisannya agak longlai sambil bahagian tengah mudah dibocori dan pertahanan pula kurang serasi tetapi mujur gergasi dari Bavaria itu masih mampu menemui sentuhan penyudah menerusi Kingsley Coman, Harry Kane dan Jamal Musiala.

Apa pun, pengurus itu lega ia menjadi titik tolak kepada mereka untuk bertindak balas dalam situasi kesukaran.




“Ini satu kemenangan yang sangat penting. Syabas buat pasukan. Galatasaray belum tewas dalam 17 perlawanan musim ini. Kami menghadapi banyak masalah dalam separuh masa pertama, kami kerap kalah dalam perebutan bola dan tidak bagus dalam situasi satu lawan satu.

"Galatasaray mempunyai terlalu banyak peluang dan kami banyak menderita,” katanya selepas perlawanan.