Pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel, meminta barisan pemainnya terus berjuang ketika dalam usaha menamatkan musim yang sukar dengan meletakkan sasaran ke final Liga Juara-Juara di Wembley.

Juara bertahan Bundesliga itu berkunjung ke Heidenheim hari ini dan Tuchel mengakui kekalahan 2-0 minggu lalu kepada Borussia Dortmund meleburkan peluang mereka untuk meraih gelaran ke-12 liga.

Pendahulu saingan, Bayer Leverkusen, berkelebihan 13 mata ke atas Bayern di tempat kedua dengan berbaki tujuh perlawanan, namun aksi suku akhir bertemu Arsenal menjadi peluang mereka untuk menyelamatkan musim ini.


Tuchel berkata, “Kami mahu terus bersaing dan ini peluang adalah untuk kami lakukannya secara taktikal. Saya sebenarnya tidak gembira dengan cara kami bertemu Dortmund.

“Tiada sebab untuk kami hilang semangat. Kami akan terus berjuang, kami akan berusaha untuk sebagai satu pasukan.

“Ini semestinya musim yang mengecewakan buat kami, namun masih terdapat satu lagi sasaran, di mana kami akan berusaha membawa cabaran ke final di Wembley."