Bekas pengendali Chelsea, Thomas Tuchel, mendakwa bahawa Bayern Munich bukan sekadar menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara Eropa (UCL), malah turut berdepan aura yang menggerunkan dari Los Blancos.

Walaupun jurulatih berusia 50 tahun itu akan meninggalkan Stadium Allianz pada penghujung musim ini, Tuchel, tetap bertekad untuk menghadiahkan kejuaraan UCL itu untuk seluruh Bavaria.

Sebagai rekod, juara 10 kali Bundesliga itu, tidak pernah menang dalam tujuh perlawanan terakhir menentang Real Madrid.

"Apabila bertemu dengan pasukan seperti Real Madrid, kita juga sedang menghadapi pelbagai aura yang datang dari pasukan itu.

"Selain dari perancangan yang rapi, kami juga berharap agar magis menyebelahi kami.

"Kami akan memberikan segala-galanya dan bersiap sedia dengan sebarang cabaran yang akan diberikan oleh pasukan dari Sepanyol itu," katanya.