Bekas juara UFC, Conor McGregor, tidak akan menghadapi pertuduhan atas dakwaan serangan seksual pada perlawanan bola keranjang di Florida.

Pendakwa raya dan peguam atlet dari Republik Ireland tersebut berkata kes itu telah digugurkan berikutan siasatan polis.

McGregor, 35, menafikan dakwaan seorang wanita diserang di dalam tandas di Pusat Kaseya di Miami, Jun lalu.

Dia sempat menghadiri perlawanan Akhir NBA di antara Miami Heat dan Denver Nuggets sebagai sebahagian daripada promosi sebelum bertindak mencederakan maskot kelab di tengah-tengah gelanggang.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan peguamnya, Barbara Llanes, berkata: “Selepas siasatan menyeluruh termasuk semakan video dan temu bual dengan saksi, pihak berkuasa menyimpulkan tiada kes untuk diteruskan terhadap anak guam saya, Conor McGregor.




“Seperti yang dijangkakan, keputusan pihak berkuasa ini mengesahkan akuan McGregor pada petang itu.

“Bagi pihak pelanggan saya, keluarga dan peminatnya, kami gembira ini sudah berakhir.”