Conor McGregor sedang berada dalam kondisi terbaik dan kelihatan hebat menjelang kepulangannya ke Octagon, kata jurulatih petarung Ireland itu, John Kavanagh.

Kali terakhir McGregor, 34, beraksi adalah dalam pertarungan AFC 264 pada Julai 2021, di mana pertarungan dengan Dustin Poirier itu berakhir dengan kekalahan dan kecederaan kaki serius buatnya.

Dia kini sudah kembali menjalani latihan dan Charles Oliveira dan Michael Chandler sedang dikaitkan untuk menjadi lawannya dalam pertarungan yang akan datang.

Ketika identiti lawannya masih belum ditentukan, Kavanagh memuji perkembangan fizikal yang telah dicapai anak buahnya itu di gimnasium.

"Dia sihat, gembira dan amat baik untuk melihatnya kembali seperti itu.

"Dia melakukan sesi yang hebat semalam, kami melalui beberapa pusingan yang hebat.

"Dia tidak berkarat dan kelihatan hebat," kata Kavanagh.

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma)