Pemain golf nombor lima dunia, Celine Boutier, dinobat juara keseluruhan Kejohanan Golf Jelajah LPGA selepas sembilan kali play-off menewaskan Atthaya Thitikul dari Thailand.

Walaupun cuaca tidak menentu dan perlu mengharungi play-off sebanyak sembilan kali menyamai rekod ketika Kejohanan LPGA di kingsmill pada tahun 2012, Celine kekal fokus dengan rentak terbaiknya.

Celine juga meletakkan hasrat untuk kembali menyertai Kejohanan LPGA di Malaysia tahun depan.

"Saya berasa hebat. Saya rasa ia pasti sukar sepanjang minggu ini tetapi terutamanya hari ini, dan hanya berada dalam playoff tidak selalunya mudah untuk dikendalikan. Namun, saya hanya gembira dengan hasilnya, jelas, dan sangat gembira dengan cara saya mengendalikan sepanjang minggu," kata Boutier.

"Saya tidak sangka ia (perlawanan playoff) begitu lama, sejujurnya. Saya hanya cuba melakukan yang terbaik di setiap lubang. Saya rasa kami berdua sangat hampir untuk menang beberapa kali.

"Attaya adalah pemain yang hebat, tetapi saya berasa sangat gembira kerana mampu bertahan dalam pusingan play-off."