Dalam saingan kategori wanita, Geraldine Wong mengukuhkan kedudukannya dengan empat pukulan selepas mencatatkan 153 pukulan secara agregat sepanjang dua hari sejak semalam.

Sementara itu, meskipun beraksi di laman sendiri, Aritha Pan, masih ketinggalan apabila terpaksa akur sekadar menduduki tangga keempat dengan catatan 14 di bawah par.

"Pun begitu, saya merasakan hari ini ialah lebih baik untuk saya meskipun menghadapi tekanan pada semalam namun, saya telah melakukan yang terbaik hari ini," katanya.