Nasrullah Zulkifli berjaya meraih kemenangan sulung dalam Kejohanan Jelajah Golf Toyota Piala Hilux yang berlangsung di Sabah Golf & Country Club, Kota Kinabalu, hari ini.

Nasrullah mengekalkan rentak kemenangan yang diraih semalam untuk memastikan kejuaraan pertama musim ini menjadi miliknya, sekaligus meranapkan impian Ben Leong yang muncul juara pada Piala Fortuner di Sibu, Sarawak.

Dia menamatkan 54 lubang dengan 211 pukulan berbeza dengan pesaingnya, Ben Leong, yang hanya kurang satu pukulan sahaja di tempat kedua.

Malah, tempat ketiga menjadi milik Paul Saan dengan mengumpul 213 pukulan diikuti Shahriffuddin Ariffin dan Daeng Rahman yang berkongsi jumlah pukulan di tempat keempat.



"Saya hanya menjadi pemain profesional penghujung tahun lalu, dan tahun ini juga saya terlepas dua 'cut', seperti sebelum ini.

"Saya mula memepersoalkan diri saya sama ada ini adalah perkara yang ingin saya lakukan, saya tahu saya boleh memberikan saingan dengan pemain-pemain besar yang lain.

"Saya akan pergi jauh yang mampu saya pergi". katanya.