Air mata pemain golf profesional wanita negara, Ashley Lau, berguguran di Lapangan Le Golf National selepas tamat hari ketiga saingan Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain yang melakukan debut di pentas olimpik itu kecewa dengan aksinya sendiri setelah melakar 79 pukulan 7 atas par.




"Secara jujurnya saya rasa saya telah melakukan yang terbaik. Saya terlepas beberapa lubang dan ia sangat mengecewakan.

"Ini adalah pengalaman yang baik untuk karier saya. Saya mahu menikmati pusingan terakhir esok." Katanya kepada Nadi Arena.