Kontinjen Perak meraih emas keempat dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak menerusi acara golf berpasukan wanita di Kelab Golf Sarawak hari ini.

Membariskan Nurul Adawiyah Abdul Jalil, Siti Nur Husna Aina Abd Karim Nast, Nur Diana Syafiqah Abdullah dan Xin Yao Wang, Perak mendaftarkan hanya 676 pukulan untuk memenangi emas diikuti Selangor (perak) dan Sarawak (gangsa).

Wang Xin Yao muncul pemain terbaik Perak dengan hanya 216 pukulan selepas tiga pusingan.

Xin Yao berkata kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman: "Kami amat berbangga dengan diri kami kerana dapat mencapai sasaran yang kami tetapkan.

"Ia berasa amat hebat untuk mendapatkan emas buat Perak memandangkan mereka banyak membantu perjalanan karier kami."