Atlet golf lelaki negara, Gavin Green, menempatkan diri di kedudukan ke-54 pada hari pertama saingan Sukan Olimpik Paris 2024 selepas meraih 74 pukulan di Golf National.

Dalam masa sama, Gavin turut terikat bersama pencabarnya dari Thailand, Aphibarnat Kiradech, yang juga merupakan juara Terbuka Thailand tahun lalu.

Meskipun memulakan permainan dengan dua bogey, birdie di lubang ketiga memberikan sedikit harapan untuk memperbaiki kedudukan -- hanya untuk disusuli dengan satu lagi bogey di lubang ke-4.

Namun, malangnya dua lagi bogey di lubang ke-7 dan 18 memaksa Gavin untuk akur dengan catatan 74 pukulan, tiga melebihi par.

Wakil Malaysia berusia 30 tahun itu perlu melakukan kebangkitan pada hari kedua yang bakal bermula pada esok, jam 3 petang.