Sabah Golf and Country Club semestinya memberi seribu satu makna buat pemain golf professional, Nasrullah Zulkifli, yang melakar kejuaraan sulung Jelajah Toyota Golf Piala Hilux dan lebih bermakna lagi ia merupakan satu kejayaan manis buat dirinya di “Land Below The Wind”

Kali pertama memahat nama dengan kejayaan di bumi Sabah ialah pada Terbuka Amatur Sabah ke-36 yang diadakan di Kelab Golf Kudat 2022, dan seterusnya kejayaan berganda terhasil ketika Terbuka Amatur Sabah di Tawau 2023.

Bermula kurang baik selepas catat Bogey pada lubang pertama dan Double Bogey pada lubang keenam namun kegusaran tersebut tidak mengganggu fokus Nasrullah kerana berjaya melakukan “Chip in” dilubang ke-9.





Melepaskan status amaturnya Oktober lalu, Nasrullah sememangnya berada di kelas berbeza kerana ini adalah kali pertama dia mengetuai kejohanan profesional sebagai pemain baru.

Kejayaan bukanlah datang dengan mudah kerana para Golfer berdepan dengan rupa bumi berbukit, laluan beralun, tasik, pasir dan keadaan angin yang tidak menentu menawarkan cabaran berbeza. Namun, nasrullah berjaya mengatasi cabaran tersebut dengan baik.

Selain itu, nasrullah turut luah rasa puashati dengan penganjuran jelajah toyota golf musim ke-12 ini yang banyak melakukan penambahbaikan dari pelbagai aspek.

"Saya bermula dengan mencatat Double Bogey dan saya mula berfikir bahawa saya tidak akan bermain dengan baik jadi saya fikir tidak bermain dengan selamat lagi dan cuba untuk berikan sehabis baik kemudian bertuah kerana berjaya melakukan Chip in pada lubang kesembilan.

"Apabila saya lihat papan markah, saya lihat saya sedang mendahului. Ia adalah perkara luar biasa yang saya lakukan pada saat akhir permainan.

"Hari pertama saya bermula dengan kurang baik, kemudian saya berfikir untuk tidak berasa takut dan berikan segala yang saya ada." katanya.