Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan pemilihan jenis sukan bagi Sukan Malaysia (Sukma) dibuat secara terbuka menerusi penglibatan semua pemegang taruh di peringkat pusat dan negeri tanpa sebarang prejudis kepada sukan-sukan lain.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, berkata keputusan penetapan sukan yang dipilih dibuat secara bersama.
"Sebagaimana semua sedia maklum, Sukma adalah sukan bertemasya yang dianjurkan setiap dua tahun, dikhaskan untuk atlet-atlet muda negara berumur di antara 12 dan 21 tahun, dan penyertaan ke Sukma adalah menerusi Majlis Sukan Negeri-Negeri di bawah kelolaan setiap Kerajaan Negeri masing-masing.
"Semua keputusan membabitkan jenis dan jumlah sukan yang dipertandingkan diputuskan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma, yang dianggotai semua 14 Exco Belia dan Sukan Negeri-Negeri selain wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang mewakili persatuan-persatuan sukan kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shapawi mengulas mengenai rakaman video Setiausaha Agung Persatuan Kabaddi Malaysia, Peter Gopi, yang membangkitkan isu pemilihan jenis sukan untuk Sukma kali ini.
Menurut Shapawi, jawatankuasa telah menerima rumusan Bengkel Transformasi Sukma disertai wakil Majlis Sukan Negeri-Negeri serta Kementerian Pendidikan pada 16 hingga 18 Februari lalu, yang membawa kepada pemilihan 28 jenis sukan berdasarkan empat asas pemilihan.
"Pertama ialah sukan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan atlet negara layak menyertainya secara merit. Kedua ialah sukan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan Sukan Asia/Sukan Komanwel, di mana atlet negara mempunyai potensi prestasi meraih pingat.
"Selain itu, sukan yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik tetapi dipertandingkan dalam Sukan Asia/Sukan Komanwel dan atlet negara mempunyai potensi meraih pingat.
"Justifikasi yang keempat ialah sukan popular dan dipelopori sebilangan besar rakyat Malaysia, dipertandingkan di dalam struktur pertandingan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) serta mempunyai kemudahan infrastruktur sedia ada di kebanyakan sekolah, premis kerajaan mahupun swasta di seluruh negara," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 25 2023
Sukan Olimpik Paris 2024: Hannah pertimbang senarai Nurul Izzah Izzati dalam RTG-Fast Track
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sedang mempertimbangkan untuk meyenaraikan pelumba berbasikal trek, Nurul Izzah Izzati Asri, ke dalam Program Road to Gold (RTG) Fast Track.
Sinar kegembiraan 100PLUS buat atlet negara
Sembilan atlet negara terdiri daripada lima atlet Program Podium dan Pelapis Kebangsaan serta empat atlet para terpilih menerima sumbangan daripada 100PLUS bersempena sambutan Hari Raya Aidilftri tidak lama lagi.
MSN tidak berkompromi isu salah laku seksual
Majlis Sukan Negara (MSN) tidak pernah berkompromi dan melindungi mana-mana jurulatih, atlet ataupun pegawai yang terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN dan bersedia mengambil tindakan tegas, termasuk penamatan kontrak dengan serta merta jika ada yang didapati bersalah.
Caruman KWSP, Perkeso bakal jadi talian hayat buat atlet
Pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan semalam mendapatkan sambutan baik warga sukan negara, dengan adanya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada atlet yang berada di bawah Program Podium.
Atlet naik gaji, kini bergelar pencarum KWSP
Atlet Program Podium negara menerima kenaikan pembayaran bulanan, penambahan sebanyak RM700 telah pun ditetapkan kepada setiap atlet yang berjaya mencipta nama di pentas tertinggi.
Program Podium: MSN perkenal penyelarasan baru skim elaun latihan atlet kebangsaan
Majlis Sukan Negara membuat penyelarasan baru skim elaun latihan atlet kebangsaan bermula bulan ini.
Sukan Asia Hangzhou: Kontinjen negara mampu raih lebih pingat emas -- CDM
Kontinjen negara mampu meraih lebih banyak pingat emas sekiranya jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dapat beraksi dan sukan boling tenpin dan silat dipertandingkan dalam Sukan Asia Hangzhou 2022.
MSN bagi jaminan kualiti LTdL
Majlis Sukan Negara (MSN) memberi jaminan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, akan tetap berlangsung mengikut jadual asal dari 23 hingga 30 September depan.
Sukan SEA Kemboja: MSN kenal pasti punca hilang 12 emas
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.
Sukma: Pemilihan sukan dibuat secara terbuka -- MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan pemilihan jenis sukan bagi Sukan Malaysia (Sukma) dibuat secara terbuka menerusi penglibatan semua pemegang taruh di peringkat pusat dan negeri tanpa sebarang prejudis kepada sukan-sukan lain.
Xavi eyes Barcelona titles after reaching 100 LaLiga games in charge
Fermin Lopez's double saw Barcelona ease to a 2-0 win at Almeria, as Xavi marked a milestone match with a victory.
Liverpool confirm departure of defender Matip
Matip to leave Liverpool
Timberwolves demolish Nuggets to force Game 7
Timberwolves rip Nuggets in Game 6
Nashville SC v Atlanta United: Long-time coach Smith departs in shock move
Nashville SC are on the lookout for a new coach after they elected to part ways with Gary Smith, despite a win in midweek.
FC Cincinnati v St. Louis City: Noonan looking for improved performance despite Atlanta win
Preview: FC Cincinnati v St. Louis
Martino 'won't take risks' but expects Messi to play this weekend
Martino expecting Messi to play
PGA Championship: Schauffele sets pace with historic round
Schauffele sets Valhalla pace
Almeria 0-2 Barcelona: Fermin at the double in easy Blaugrana win
Report: Almeria 0-2 Barcelona
Sabalenka defeats Collins to set up Swiatek rematch
After losing to Iga Swiatek in Madrid earlier in May, Aryna Sabalenka will get the chance for revenge when she faces the Pole in Rome.
Charlotte FC v LA Galaxy: Smith looking to build on 'untidy' win over Fire
Charlotte FC will bid to make it four straight wins when they welcome the LA Galaxy this weekend.