Atlet Program Podium negara menerima kenaikan pembayaran bulanan, penambahan sebanyak RM700 telah pun ditetapkan kepada setiap atlet yang berjaya mencipta nama di pentas tertinggi.

Kontrak baru akan ditandatangani, pembayaran jumlah terkini bakal bermula penghujung Januari 2024.


Seramai 307 atlet normal dan 86 atlet para menerima berita gembira ini dan akan menandatangi kontrak selama dua tahun minggu hadapan.

Caruman KWSP sebanyak 11 peratus daripada atlet sendiri dan 13 peratus daripada Majlis Sukan Negara (MSN) turut dibuat atas permintaan atlet sendiri.

Ia meliputi jumlah sebanyak RM16 juta secara keseluruhan.

"," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Harus diingatkan, ada balasan yang dituntut pihak kementerian.

Hannah bertegas ia pencetus terbaik bagi pencarian emas pertama di Sukan Olimpik Paris nanti.

"."

Ia membabitkan keseluruhan atlet Program Podium dengan dibezakan menerusi pencapaian mereka dalam temasya terkini.