Majlis Sukan Negara (MSN) memberi jaminan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, akan tetap berlangsung mengikut jadual asal dari 23 hingga 30 September depan.
Malah, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, turut mengesahkan sebanyak 22 pasukan akan bertanding dengan diketuai dua pasukan bertaraf World Tour, iaitu Astana Qazaqstan dan EF Education-EasyPost.
Menurutnya, pengesahan daripada kesemua pasukan terlibat termasuk daripada lapan pasukan ProTeam secara tidak langsung menjamin kualiti perlumbaan berstatus ProSeries itu, yang memasuki edisi ke-27 tahun ini.
"Pengumuman ini bertujuan meleraikan sebarang keraguan mengenai status LTdL kali ini yang pernah dibangkitkan ekoran sambutan kurang memberangsangkan daripada barisan penaja perlumbaan.
"MSN ingin mengesahkan sudah mendapat jaminan penajaan mencukupi dan pengurusan perlumbaan LTdL kali ini dapat dilaksanakan dengan selesa," katanya dalam sidang akhbar di MSN, Bukit Jalil hari ini.
Lapan pasukan ProTeam yang bakal menyertai LTdL 2023 ialah Green Project-Bardiani CSF-Faizane, Caja Rural-Seguros RGA, Equipo Kern Pharma, Euskaltel-Euskadi, Human Powered Health, Team Corratec-Selle Italia, Tudor Pro Cycling Team dan Bolton Equities Black Spoke Cycling Team.
Selain dua pasukan World Tour dan lapan wakil ProTeam, 11 pasukan benua termasuk Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yang menampilkan pemenang Jersi Raja Bukit dua kali berturut-turut, Muhammad Nur Aiman Zariff, bakal mengambil bahagian.
Selain TSG, yang sekali lagi dijangka membariskan beberapa pelumba handalan tempatan, skuad kebangsaan Malaysia diterajui ketua jurulatih, Mohd Yusuf Abdul Nasir, melengkapkan senarai 22 pasukan bertanding dalam perlumbaan LTdL kali ini.
Dalam pada itu, Ahmad Shapawi berkata pihaknya sedang memuktamadkan perjanjian dengan badan penyiar antarabangsa dan tempatan bagi memastikan LTdL 2023 dapat disiarkan secara langsung sekurang-kurangnya di 10 buah negara.
"Persiapan sekarang berjalan lancar, terutama bagi memastikan syarat-syarat yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dapat dipenuhi seperti penyediaan kemudahan pengangkutan dan penginapan kepada pasukan bertanding.
"Beberapa aspek penting yang lain juga turut ditekankan membabitkan keperluan teknikal selain memastikan keselamatan semua pihak terutama pelumba, terjaga sepanjang tempoh perlumbaan nanti," ujarnya.
LTdL 2023, membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer, akan bermula di peringkat pertama di Kerteh, Terengganu dan berakhir di peringkat kelapan di Kuala Lumpur.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
Maybank Cycling Series Johor: MSNJ umum Maybank selaku penaja utama
Majlis Sukan Negeri Johor mengumum Maybank sebagai penaja utama Maybank Cycling Series Johor.
LTdL: Pertukaran laluan peringkat keempat tarikan LTdL edisi 2024
Susulan pertukaran laluan peringkat keempat Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) daripada Kuala Kubu Bharu ke Genting kepada laluan baru Kuala Kubu Bharu ke Bentong sejauh 148.9 kilometer.
L'Etape Melaka: Hafidz Hamid juara kategori elit
Pelumba basikal profesional Malaysia, Mohd Hafidz Abd Hamid, dinobatkan sebagai juara kategori elit lelaki 140km Kejohanan Berbasikal L'Etape, Melaka, edisi ketiga selepas memintas kedudukan juara bertahan, Matthew Brittain.
Adiq Husainie minta tempoh 4 tahun buktikan kemampuan acara pecut dan endurance
Jurulatih berbasikal pelapis kebangsaan, Adiq Husainie, meminta tempoh sehingga empat tahun untuk membuktikan keseimbangan sukan berbasikal bagi acara pecut dan endurance, khususnya di penyertaan Sukan Olimpik dengan sasaran utama di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun 2028.
PKBM persatuan pertama sasar pingat emas di Olimpik
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, mempertahankan tindakan mengumumkan sasaran satu pingat emas temasya Sukan Olimpik Paris, Julai depan.
Cuaca panas terik tidak halang Helaz Cycling Team A muncul juara
Pasukan Helaz Cycling Team A tidak menjadikan cuaca panas terik sebagai halangan untuk menjuarai XCO Helaz Mountain Bike Series 1 2024 yang berlangsung di Dungun,Terengganu, hari ini.
PKBM rancang persiapan rapi buat atlet berbasikal negara
Menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung Julai depan, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan Nurul Izzah Izzati memerlukan pelan dan persiapan rapi daripada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Jelajah Thailand: Pamer kayuhan cemerlang, barisan pelumba MPC raih bonus Hari Raya
Malaysia Pro Cycling memberikan ganjaran kepada staf dan barisan pelumba dengan bonus Hari Raya sebagai penghargaan kejayaan di Jelajah Piala Puteri Maha Chakri Sirindhorn Thailand 2024.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Malaysia Pro Cycling (MPC) menutup kempen Princess Maha Chakri Sirindhorn’s Cup Men Tour of Thailand 2024 dengan meraikan kecemerlangan mereka dalam perlumbaan Jelajah UCI itu.
MPC menyerlah di Bangkok
Malaysia Pro Cycling (MPC) meneruskan sensasi dalam dunia berbasikal apabila memastikan kejayaan besar dalam pelumbaan peringkat kelima Princess Maha Chakri Sirindhorn's Cup Men Tour of Thailand 2024 hari ini.
Brazil to host 2027 Women's World Cup
Women's World Cup heading to Brazil
Tuchel confirms Bayern Munich exit after no deal reached to stay on
Bayern Munich will indeed continue their search for a new head coach after Thomas Tuchel ended speculation about him staying on.
Klopp: Premier League cannot continue with current version of VAR
Klopp would join VAR rebellion
PGA Championship: McIlroy 'rode his luck' as he joins Scheffler and Koepka in chasing pack
Xander Schauffele is setting the early pace at the PGA Championship, but a number of high-profile contenders are in the chasing pack.
Shaw struggling to be fit for FA Cup final after injury setback
An injury to Luke Shaw is "more complicated" than first thought ahead of a key period for Man Utd and England.
Xavi eyes Barcelona titles after reaching 100 LaLiga games in charge
Fermin Lopez's double saw Barcelona ease to a 2-0 win at Almeria, as Xavi marked a milestone match with a victory.
Liverpool confirm departure of defender Matip
Matip to leave Liverpool
Timberwolves demolish Nuggets to force Game 7
Fueled by a 20-0 run in the first quarter, the Timberwolves overwhelmed the Nuggets to extend their season.
Nashville SC v Atlanta United: Long-time coach Smith departs in shock move
Nashville SC are on the lookout for a new coach after they elected to part ways with Gary Smith, despite a win in midweek.
FC Cincinnati v St. Louis City: Noonan looking for improved performance despite Atlanta win
Preview: FC Cincinnati v St. Louis