Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dianggap sebagai edisi paling mencabar yang membabitkan zon pendakian lebih berliku.

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTDL, Emir Abd Jalal, tidak menolak bahawa penganjuran kali ini melibatkan kos yang lebih besar tetapi menawarkan keunikan tersendiri.

Edisi kali ini menampilkan kelainan dengan dua peringkat terakhir, Miri ke Bintulu sejauh 199.3 meter dan Bintulu-Bintulu 166.8km.

"Ketika membuat tinjauan, kami dapat laluan ini sangat tidak rata dan kecil.

"Ia boleh menjadi penentu (kepada kejuaraan), tidak sebagai kebiasannya di Genting Highland.

"Sebenarnya Langkawi membabitkan kos yang besar dan apabila masuk ke Sarawak, ia membabitkan kos dua kali lebih besar tapi kami sudah jangkakannya," katanya di Studio Astro Arena, sebentar tadi.

Bagi Emir, seandainya mereka bersedia dari sekarang, mereka berpeluang di setiap peringkat dengan tiga pasukan dari Malaysia akan menyertai LTdL dan berkemungkinan disertai 12 pelumba Malaysia.




Saingan kali ini akan bermula di Langkawi disusuli Arau-Butterworth , kemudian dua zon pendakian berturut-turut iaitu Taiping-Cameron Highlands dan Kuala Kubu Bharu-Genting Highlands.

"Semakin ramai pelumba tempatan maka peluangnya makin besar.

"Peringkat 1 dan 2 untuk bersaing sebagai pelumba terbaik Asia tapi sebaik sampai ke Cameron Highlands mungkin makin sukar," katanya.