Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) terus konsisten dalam mengimarahkan bulan Ramadan untuk memberikan bantuan dan kali ini bekas pelumba basikal para negara, Mohamad Syazwan Roshdi, menerima sumbangan dan bantuan sempena Projek Ramadan yayasan itu musim ini.

Dalam episod kelima ini, Yakeb menjalani kerjasama dengan Astro Arena ke Labu, Negeri Sembilan untuk bertemu dengan pemenang pingat emas sukan para ASEAN dalam acara berbasikal.

"Kenangan paling manis saya adalah ketika Sukan SEA kerana semangat kami yang ingin berjuang untuk mendapatkan pingat emas.

"Saya membesar dalam keadaan biasa, selepas masuk sukan para saya jumpa ramai orang yang serba kekurangan dan saya sering menasihati mereka untuk hidup seperti orang biasa.

Terima kasih kepada Yakeb atas bantuan dan saya rasa seeprti tidak dilupakan walaupun sudah bersara." katanya.

Presiden Yakeb, Datuk Noorul Abdul Majeed, akan teruskomited untuk membantu lebih ramai lagi atlet yang memerlukan bantuan pada masa akan datang.

"Dia telah banyak berjaya kepada negara dan saya berharap dengan bantuan wang tunai dapat memudahkan dia untuk menjalani bulan Ramadan ini.

"Kami tidak akan meninggalkan sesiapa dan sentiasa akan menghubungi dia seperti pada tahun lepas ketika dia kemalangan dan juga untuk para atlet yang memerlukan bantuan, kami Yakeb sentiasa ada untuk mereka." katanya.