Malaysia Pro Cycling memberikan ganjaran kepada staf dan barisan pelumba dengan bonus Hari Raya sebagai penghargaan kejayaan di Jelajah Piala Puteri Maha Chakri Sirindhorn Thailand 2024.

Malaysia Pro Cycling (MPC) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sebagai mengiktiraf prestasi cemerlang dan dedikasi yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pelumba kami pada Jelajah Lelaki Piala The Princess Maha Chakri Sirindhorn Thailand 2024, semua ahli akan menerima bonus Hari Raya istimewa tahun ini.

Pengasas MPC, Encik Sayuti Zahit, mengucapkan terima kasih bagi pihak pengurusan tertinggi MPC dengan menyatakan, "Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sebagai menghargai kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan oleh penunggang, krew dan kakitangan kami, bonus Hari Raya akan diberikan kepada semua.

"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sentiasa menyokong dan membantu kami. Semoga bonus ini membawa kegembiraan kepada semua ahli MPC semasa kami menyambut musim perayaan ini."

A post shared by Malaysia Pro Cycling (@my_pro_cycling)