Pemain England mengambil inisiatif untuk tidak menggunakan dan nyah aktif akaun media sosial sepanjang kempen Euro 2024 bagi mengelak gangguan dari aspek emosi mereka ketika berada di Jerman nanti.

Walaupun Persatuan Bola Sepak England tidak menetapkan sebarang garis panduan ketika pasukan itu bersaing di Jerman, tetapi beberapa pemain memilih untuk tidak menggunakan akaun media sosial peribadi mereka.





England diundi bersama Denmark, Serbia dan Slovenia dalam Kumpulan C serta akan membuka tirai dalam aksi pertama berdepan Serbia, Isnin depan.