Seorang penyokong England dipercayai dibunuh di sebuah pub selepas perlawanan Euro 2024 di antara England menentang Denmark, baru-baru ini.

Pegawai polis Jerman sudah menahan dua orang suspek yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk memberikan keterangan dalam sesi soal jawab.

Mangsa yang berusia 57 tahun itu mengalami kecederaan serius di kepala sebelum pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas beberapa percubaan gagal diselamatkan.

Pihak polis meminta pertolongan daripada penduduk setempat untuk tampil memberikan maklumat berkenaan insiden tersebut untuk memudahkan proses berjalan lancar.