MALAYSIA 5 TIMOR LESTE 0

Skuad B-16 negara tidak berdepan masalah untuk mengatasi Timor Leste 5-0 dalam aksi pertama Kejuaraan B-16 ASEAN di Stadium Sriwedari, Surakarta sebentar tadi.

Izzuddin Afif (m-35) Fahmi Farizamal (m-55) Awal Wafiy (m-66, 89) dan Arrayan Hakeem (m-78) muncul penjaring negara dalam aksi berkenaan.

Dengan kemenangan itu, Malaysia menungguli carta Kumpulan C selepas Australia terikat tanpa jaringan dengan Thailand dalam satu lagi perlawanan.

Skuad negara seterusnya akan bertemu Australia pada Rabu ini.