Aniq Kasdan bakal buat kemunculan khas dalam Nadi Weekend 7.30 malam ini sebagai tetamu jemputan susulan kejayaan layak ke Sukan Olimpik Paris.

Aniq mengesahkan dirinya layak ke Paris bagi sukan Angkat Berat kategori 61kg selepas merekodkan 290kg jumlah angkatan dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia di Phuket, 2 April lalu.

Nadi Weekend boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Arena 801HD dan aplikasi Astro GO pada jam 7.30 malam ini.