Barisan badang negara bakal turun beraksi di bumi Phuket, Thailand bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia IWF!

Cabaran negara di kejohanan itu digalas Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin dalam kategori 61 kilogram (kg) manakala Muhammad Erry Hidayat dalam kategori 73kg.

Bagaimanapun, tumpuan terarah kepada Aniq yang dilihat berada di landasan tepat untuk ke Paris apabila ketika ini menduduki ranking kelapan dalam kategorinya.

Aniq kini memegang rekod kebangsaan dalam kategori 61 kilogram (kg) dengan angkatan 296kg yang dilakukannya di Kejohanan Angkat Berat Dunia Grand Prix II Qatar, Disember lalu.

Berdasarkan syarat kelayakan ke Paris dalam acara angkat berat, 10 atlet terbaik yang berada dalam ranking dunia akan layak secara automatik ke temasya Olimpik.

Saksikan secara langsung di Astro Arena HD 2 (802) bermula jam 5 petang ini!