Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, mempercayai bahawa pengalaman yang dimiliki oleh seluruh barisan England bakal menjelmakan kejuaraan Euro 2024.

Kendatipun begitu, hampir separuh daripada skuad kendalian Gareth Southgate belum beraksi dalam kejohanan besar untuk negara mereka.

Kapten pasukan England itu akan mengetuai negaranya bagi membawa cabaran dan misi kejuaraan selain berharap pengalaman dapat membantu untuk menamatkan penantian 58 tahun trofi antarabangsa.

"Kita mempunyai pasukan yang lebih cukup daripada pengalaman terutamanya pemain yang pernah mengharungi kejohanan besar termasuk gabungan daripada pemain muda dan pemain baru.

"Semua pemain memberikan pendekatan yang berbeza dan kami memerlukan kesemua 26 pemain jika ingin memenangi pertandingan tersebut," kata bekas pemain Tottenham Hotspur itu.