Hari kedua Kejohanan Golf Jelajah LPGA Maybank 2023 menyaksikan pemain golf profesional negara, Natasha Oon kekal berpuas hati dengan penampilannya walaupun melakukan catatan kurang baik berbanding hari pertama.

Natasha menamatkan saingan dengan 71 pukulan, 1 di bawah par, dibantu tiga birdie untuk menduduki tangga ke-37, terikat bersama sembilan pemain lain.

Sementara itu, pendahulu hari pertama Jasmine Suwannapura ketinggalan dalam carta kedudukan pemain sepanjang hari, namun muncul di penghujung saingan dengan kelebihan satu pukulan.

Pemain dari Thailand itu mencatat 69 pukulan 3 di bawah par sekaligus kekal selaku pendahulu, selepas tamat dua pusingan kejohanan.