Shaiful Shamsudin
Thu Apr 25 2024
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya untuk mengosongkan jawatannya di penghujung kempen 2023-24.
Januari lalu, bekas pemain tengah Barcelona itu mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan tugasan di penghujung musim ini di sebalik kontraknya akan berakhir hingga akhir musim berikutnya.
Xavi mengakui peranannya di Barcelona telah mula memberi kesan kepada dirinya sebelum dilaporkan sedia mengubah perancangannya selepas pertemuan dengan Presiden Blaugrana, Joan Laporta, semalam.
Pengurus berusia 44 tahun itu pada mulanya dilantik sebagai ketua jurulatih Barca pada 2021 dan membawa kelab gergasi LaLiga itu meraih gelaran liga utama dalam kempen 2022-23.
Pengumuman awal mengenai hasratnya untuk meninggalkan Barcelona dibuat selepas tempoh sukar berikutan kekalahan kepada Girona, Real Madrid dan Athletic sebelum mendedahkan berita itu sebaik tumbang 3-5 kepada Villarreal.
Bagaimanapun, Blaugrana mengubah nasib mereka sejurus hasrat itu diketahui umum dengan mengharungi 13 perlawanan tanpa kalah.
Lantas, adalah tidak mengejutkan jika prestasi sebegitu mendorong Laporta, naib presiden, Rafa Yuste, dan Pengarah Sukan, Deco, merayu agar Xavi meneruskan khidmatnya hingga kontraknya berakhir.
Walaupun rentak tanpa kalah itu lebur dengan kekalahan 1-4 kepada Paris Saint-Germain (1-4) yang menyingkirkan Barcelona daripada suku akhir UCL, Xavi kini dilaporkan bersetuju untuk kekal memegang peranannya.
Namun, kejuaraan liga sudah jauh daripada jangkauan mereka pada musim ini memandangkan Real Madrid mendahului 11 mata dengan kemenangan Clasico 3-2 kelmarin sambil Barca di tangga kedua.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya untuk mengosongkan jawatannya di penghujung kempen 2023-24.
LaLiga: Presiden Barcelona tuntut perlawanan ulangan El Clasico
Selepas kekalahan minit akhir Barcelona ke atas Real Madrid dalam pertemuan El Clasico baru-baru ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta, bertindak luahkan ketidakpuasan hatinya berkaitan prestasi pengadil
Rafa Marquez calon potensi isi kerusi panas Barcelona
Penyingkiran Barcelona daripada Liga Juara-Juara (UCL) telah mencetuskan gelombang spekulasi baru mengenai siapa yang akan menggantikan Xavi sebagai pengurus.
UCL: Dua gol Mbappe pastikan Barcelona tersungkur di suku akhir
Penyerang berbisa Paris St Germain, Kylian Mbappe, menjaringkan dua gol pada masa kedua perlawanan sekaligus menyaksikan kelabnya itu bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk mengejutkan pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona, dan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Gergasi dari Sepanyol, Barcelona, cemerlang menewaskan Paris St German (PSG), perlawanan suku akhir pertama pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Liga Juara-juara: Empat sebab mengapa Arsenal mampu bergelar juara
Buat pertama kali dalam 14 tahun, Arsenal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Undian Liga Juara-Juara: Man City bertemu Real, Arsenal-Bayern di suku akhir
Manchester City diundi bertemu Real Madrid dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara menyaksikan kelab terbaru dinobat sebagai juara bakal bertemu kelab paling berjaya di Eropah.
UCL: Barcelona padam hasrat Napoli
Xavi Hernandez menegaskan Barcelona lebih layak untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berbanding Napoli sambil percaya mereka mampu bersaing.
UCL: Barcelona berdepan ranjau paling mencabar -- Xavi
Pengurus Barcelona, Xavi, mengisytiharkan perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), dengan Napoli awal pagi esok sebagai perlawanan paling getir musim ini.
LaLiga: Barcelona sudah jatuh ditimpa tangga
Barcelona kekal di tangga ketiga dalam LaLiga selepas terikat 0-0 oleh Athletic Bilbao di San Mames.
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
Edwards scores 43 as Wolves win
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy
Haaland pinpoints collective Man City quality after four-goal blitz of Wolves
Haaland lauds City team effort
Verstappen follows up sprint race win by taking pole at Miami Grand Prix
Verstappen takes pole in Miami
Mallorca 0-1 Atletico Madrid: Early Riquelme strike earns narrow win
Report: Mallorca 0-1 Atletico
Sassuolo 1-0 Inter: Serie A champions suffer surprise defeat
Report: Sassuolo 1-0 Inter
Xavi insists there is 'no debate' over his Barcelona future
Xavi: I am p***** off
New York City FC v Colorado Rapids: Hosts’ morale strong as Cushing aims to extend winning run
Preview: NYCFC v Rapids
Swiatek topples Sabalenka in thrilling Madrid Open final
Swiatek wins Madrid Open