Manchester City diundi bertemu Real Madrid dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara menyaksikan kelab terbaru dinobat sebagai juara bakal bertemu kelab paling berjaya di Eropah.

Kylian Mbappé dan pasukan Paris Saint-Germain bakal bertemu Barcelona dalam musim terakhirnya bersama kelab Perancis itu, dengan sumber yang diperoleh dia bakal menyertai Madrid musim hadapan.

Harry Kane bakal bertemu musuh tidak asing apabila Bayern Munich diundi bertemu Arsenal. Ia juga perlawanan biasa buat yang telah menyingkirkan kelab utara London itu daripada pertandingan tersebut pada 2013, 2014 dan 2017.

Penyokong Bayern tidak akan dibenarkan di Emirates selepas UEFA menghukum penyokong kelab Jerman itu kerana membaling bunga api ke atas padang semasa perlawanan pertama pusingan 16 menentang Lazio di Rom.

Dalam satu lagi pertembungan menyaksikan Atlético Madrid bertemu Borussia Dortmund.

Dalam separuh akhir, pemenangn perlawanan Atlético bertemu Dortmund akan bermain dengan Barça atau PSG, bermakna Arsenal, Bayern, Madrid dan City akan memburu satu lagi slot ke final.