Gergasi dari Sepanyol, Barcelona, cemerlang menewaskan Paris St German (PSG), dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 memastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran di Stadium Parc Des Princes.

Pemain gantian itu yang pernah menjadi tonggak utama Chelsea menjaringkan gol daripada tendangan sudut Ilkay Gundogan hanya dua minit selepas beraksi di atas padang dari bangku simpanan untuk menambah lagi dua gol Raphinha.




PSG ketinggalan pada masa rehat berikutan gol pembukaan Raphinha pada minit ke 37 tetapi memulakan separuh masa kedua dengan baik selepas rembatan deras Ousmane Dembele dan Vitinha mengubah kedudukan permainan agar berpihak kepada tuan rumah pada awal babak kedua sebelum Christensen menjaringkan gol kemenangan.

Bintang kelab itu Kylian Mbappe terpaksa akur selepas usahanya untuk menjadi juara Eropah sebelum meninggalkan ibu kota Perancis itu pada musim panas sedikit samar.