Penyingkiran Barcelona daripada Liga Juara-Juara (UCL) telah mencetuskan gelombang spekulasi baru mengenai siapa yang akan menggantikan Xavi sebagai pengurus.

Nama Rafa Marquez muncul sebagai pilihan dan khabar angin kini bertiup kencang bahawa dia menjadi calon utama.



Diario Sport melaporkan bahawa Marquez merupakan "pilihan yang paling realistik" memandangkan Xavi memutuskan untuk mengundurkan diri selepas berakhirnya musim ini.

Jurgen Klopp atau Pep Guardiola dikatakan menjadi pilihan Presiden Barca, Joan Laporta, namun dia tidak teragak-agak untuk melantik Marquez.