Tengok perlawanan bola sepak ramai-ramai lagi syok.

Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengajak Ekor Harimau untuk memberi sokongan kepada barisan kendalian Kim Pan-gon yang akan berjuang di Qatar, bermula 16 Januari ini.

Skuad kebangsaan akan mengibarkan cabaran dalam Piala Asia 2023 menerusi tiga perlawanan awal di peringkat kumpulan bertemu Jordan pada 1.30 pagi diikuti Bahrain (10.30 malam pada 20 Januari) dan Korea Selatan, lima hari kemudian pada jam 7.30pm.

Justeru, MSN akan mengadakan Tayangan Skrin Besar dengan menayangkan perlawanan membabitkan skuad negara di dua skrin Stadium Nasional, Bukit Jalil tanpa mengenakan sebarang bayaran.




Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan sokongan buat skuad kendalian Kim Pan Gon dalam kempen Piala Asia 2024. "Tahniah kepada Harimau Malaya kerana layak ke Piala Asia selepas 40 tahun.

"Penyokong setia Harimau Malaya untuk sama-sama turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Tayangan Skrin Besar yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.