Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, mengesahkan atlet terjun negara yang gagal dalam ujian doping kerana positif bahan terlarang, dipercayai jenis sibutramine, dalam saingan Sukan SEA 2017, mahu sampel B miliknya duji.
Arena sukan negara riuh apabila seorang penerjun negara tersenarai dalam kalangan tiga atlet yang terlibat dengan kes doping dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Atlet terbabit didapati positif ujian doping bagi sampel A selepas sebanyak 836 sampel diuji di sepanjang temasya itu, dengan 32 daripadanya membabitkan ujian darah.
Bagaimanapun, keputusan itu membuatkan atlet terbabit tidak berpuas hati dengan keputusan itu apabila disahkan mahu mencabar sampel B sebelum tampil di hadapan Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).
"Memang ada yang mempersoalkan mengapa perlu melakukan ujian sampel B kerana ia melibatkan sampel yang sama tetapi ini adalah hak atlet. Mungkin atlet itu tidak akan berpuas hati jika tidak dibenarkan," kata Beng Choo.
Jika didapati bersalah, atlet itu bakal berdepan penggantungan empat tahun dan pingat yang dimenangi ditarik balik.
Namun, Beng Choo masih enggan mendedahkan identiti atlet itu serta jenis bahan terlarang yang diambil walaupun dipercayai membabitkan penggunaaan sibutramine, yang mampu memberi
kesan mendadak dalam usaha menurunkan berat badan.
"Kalau bukan tujuan meningkatkan prestasi, mungkin dia tidak sengaja atau cuai kerana sekarang memang banyak makanan, ubat-ubatan atau minuman yang memiliki bahan campuran tanpa disedari," tambahnya.
Penulis Jemputan
Thu Oct 05 2017
MOM lulus resolusi teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
Ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meluluskan resolusi untuk merayu kepada kerajaan supaya meneruskan dengan penganjur selaku tuan rumah Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.
MOM hormati keputusan kerajaan tidak anjur Sukan Komanwel 2026
Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hormati keputusan Kerajaan Malaysia hari ini untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
Singapura tunjuk minat anjur Sukan Komanwel 2026
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Nazifuddin Najib, bertegas isu bajet terlalu tinggi tidak timbul memandangkan pengecilan bajet penganjuran mengikul model Sukan Sea 2017 bakal di guna pakai.
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan
Mengikut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran berdasarkan pakej bernilai 602 Juta Ringgit yang ditawarkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), kepada Malaysia.
Sukan Asia Hangzhou: Keadaan Azizulhasni tidak membimbangkan -- MOM
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami Datuk Azizulhasni Awang ketika menjalani sesi latihan kelmarin tidaklah bersifat bahaya mahupun kritikal.
MOM tidak panik di sebalik prestasi semasa Azizulhasni
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, mengakui tidak panik dengan prestasi semasa Datuk Azizulhasni Awang di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia Glasgow 2023 yang berlangsung awal Ogos lalu.
Sukan Asia Hangzhou: MOM perketat syarat atlet bertanding
Penyertaan kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou yang bermula 23 September depan sah menyaksikan jumlah lebih rendah berbanding edisi 2018 di Jakarta-Palembang tatkala sasaran pingat emas dijangka diumumkan bulan depan.
Sukan Asia: MOM senarai 301 atlet ke Hangzhou
Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Norza Zakaria selaku Presiden MOM menyenaraikan keseluruhan 301 atlet negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Berbasikal trek: MOM jamin sokongan penuh buat Azizulhasni
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, menegaskan mereka sedia membantu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang dalam persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Lokasi Wisma MOM tidak begitu strategik
Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) perlu diubah ke lokasi lain demi menjadikan MOM sebagai tempat yang mudah untuk dikunjungi orang awam selain usaha menaik taraf fasiliti yang menggabungkan 58 badan sukan ini.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season