Perseteruan di antara pelumba negara kategori 160 FIM MiniGP Malaysia Series 2024 di Litar Kart Antarangsa Sepang semalam, Airel Marzuki dan Nguyen Viet Tuan berakhir memihak pelumba Vietnam itu.

Secara keseluruhan segalanya berjalan lancar buat Airel sejak pusingan awal sampai ke akhir, kejayaan ini cukup bermakna buatnya berikutan kerjasama utuh yang ditonjolkan ibu bapa dan anak-anak menjadi kunci kejayaan utama kejohanan ini.

Bagi Zulfahmi, situasi yang menimpa Airel yang menidakkan posisinya selaku juara keseluruhan pasti tidak melunturkan semangat pelumba itu untuk terus menyinar dalam pusingan akhir Valencia pada 14 November depan.




"Sebenarnya kami nampak kerja keras ditunjukkan Nguyen Viet Tuan yang memberikan saingan hebat sejak tahun pertama dia di Malaysia.

"Kami juga nampak perjuangan keluarganya yang sanggup membawanya berlatih di merata tempat.

"Bukan kita tak cuba tapi Airel tewas di selekoh terakhir dalam kedua-dua perlumbaan. Saingan yang hebat dan sangat sihat.

"Masih ada peluang buat Airel untuk bangkit di Valencia nanti," katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan penganjuran kali ini adalah berkat usaha semua pihak yang bersatu hati terutama melibatkan keluarga peserta dan pastinya penganjuran yang lebih menarik akan dilakukan pada masa akan datang menerusi satu kategori baru bagi tujuan pendedahan yang lebih baik kepada anak-anak seawal usia enam tahun.





"Kami dapat tamatkan kelima-lima pusingan FIM MinoGP dengan selamat tanpa perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kejohanan ini berjaya kerana melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa.

"Saya harap pelumba yang lebih muda seawal usia enam ke lapan tahun sudah aktif dalam permotoran. Ini yang saya akan anjurkan pada tahun depan.

"Kami akan anjurkan dengan konsep yang serupa FIM MiniGP dengan kami akan menyediakan motosikal, dan semua pelumba akan menggunakan jentera yang sama seawal usia enam tahun." tambahnya.