Skuad muda hoki negara menamatkan kempen Piala Sultan Johor 2024 B-21 di tempat tercorot selepas gagal mengutip sebarang kemenangan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan I. Vikneswaran turut tidak berjaya meraih pungutan mata apabila mencatatkan enam kekalahan dan mengakhiri kedudukan di tempat keenam dalam kempen kali ini.




Selepas tewas kepada Australia 3-9 malam tadi, pasukan negara hampir memecahkan kebuntuan menerusi Che Nur Aqilrullah dan Mohammad Harris Iskandar Osman dalam aksi terakhir, namun Jepun menyamakan kedudukan 2-2 untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalty shoout-out.

Hasilnya, Jepun mudah menewaskan Malaysia dengan keputusan 3-0 untuk berada di tangga kelima.