Itulah gelaran baru yang perlu diadaptasi Azlyn Farhana Mohammad Azmi Tan sebaik dinobat selaku penjaring terbanyak dalam Kejohanan Dunia Kanu Polo di China.

Azlyn yang mencatat 22 jaringan turut membantu skuad B-21 negara berada di kedudukan 10 terbaik dunia walaupun penampilan mereka dalam asalnya di pandang enteng dari wakil gergasi dunia yang lain.

"Saya tidak meletakkan sasaran untuk menjadi penjaring terbanyak dunia. Namun apa yang cuba yang lakukan adalah cara yang mendapatkan jaringan," katanya menerusi Nadi Arena.

Lebih membanggakan, ini adalah kemunculan kali pertama skuad wanita di pentas dunia, secara tidak langsung membuka dimensi lebih besar dalam saingan antarabangsa selepas ini.

"Ini merupakan pertama kali sejarah pasukan dari Malaysia ke Piala Dunia selepas memperoleh pingat perak dalam Kejohanan Asia sebelum ini."

Skuad senior lelaki pula menamatkan saingan dunia di kedudukan ke-17.