Watford menyertai Norwich City layak beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengatasi Millwall 1-0 semalam.

Ismaila Sarr menjaringkan penalti pada minit ke-11 bagi memastikan Hornets kembali beraksi di peringkat tertinggi semula musim hadapan.

Skuad kendalian Xisco itu masih lagi mampu mengejar pendahulu saingan Kejuaraan, Norwich, dengan jurang lima mata antara kedua-dua pasukan menjelang dua perlawanan terakhir.

The Canaries turut berjaya mengelak daripada dihantui penyingkiran EPL musim lalu, menyaksikan peluang untuk tiga pasukan yang tersingkir musim lalu buat pertama kali kembali ke saingan utama England.

Bournemouth perlu terlebih dahulu beraksi dalam play-off, dengan skuad kendalian Jonathan Woodgate menghuni tangga keempat di sebalik kekalahan 1-0 kepada Brentford.