Muzaffar Musa
Tue Oct 05 2021
Watford melantik bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Claudio Ranieri, sebagai pengurus baru.
Ranieri menandatangani kontrak dua tahun di Vicarage Road bagi menggantikan Xisco Munoz, yang menjadi pengurus EPL pertama dipecat musim ini.
Di bawah bimbingan Munoz, The Hornet memenangi perlawanan pembukaan liga dengan menewaskan Aston Villa tetapi mereka kemudian hanya dapat mengumpulkan empat mata daripada enam perlawanan untuk kini berada di tangga ke-15.
Bagaimanapun, pelantikan Ranieri bukanlah sesuatu yang asing di England memandangkan pengurus itu pernah berkhidmat buat Chelsea dan Fulham selain memenangi gelaran liga bersama Leicester City.
The Foxes memenangi gelaran EPL musim 2015-16 dengan barisan pemain seperti Riyad Mahrez, N'Golo Kante dan Jamie Vardy, di mana mereka hanya tewas tiga kali sepanjang musim dibawah bimbingan pengurus berbangsa Itali itu.
Di sebalik kejayaan itu, Leicester dan Ranieri kemudian memilih haluan berbeza dalam musim berikutnya, pada ketika pasukan juara bertahan itu hanya dibezakan satu mata daripada zon penyongkiran berbaki 13 perlawanan.
Dia kemudian kembali melatih Fulham pada 2018, selepas seketika menguruskan Nantes, tetapi dipecat hanya selepas 106 hari berkhidmat -- sewaktu The Cottagers hampir pasti disingkirkan daripada EPL.
Tugas terakhir bekas pengurus Chelsea itu adalah bersama Sampdoria tetapi dia meninggalkan pasukan itu sebelum permulaan musim ini, di mana dia menamatkan tempoh dua tahun selepas mengambil alih pasukan itu pada 2019.
Watford kini telah melantik enam dan memecat lima ketua jurulatih sejak Marco Silva meninggalkan pasukan itu pada Januari 2018.
Ranieri pula akan menguruskan kelabnya yang ke-21 pada usia 35 tahun.
Dia akan turut disertai pembantu jurulatih, Paolo Benetti dan Carlo Cornacchia, selain jurulatih kecergasan, Carlo Spignoli, menjelang tugas sukar menentang pasukan yang masih belum tewas, Liverpool, dalam perlawanan pertamanya pada 16 Oktober ini.
Legenda Belanda bakal kendali Indonesia?
Indonesia dijangka membawa masuk pakar dari Belanda, Patrick Kluivert bagi mengambil alih skuad kebangsaan bagi menggantikan Shin Tae-yong.
Inter Milan enggan buat kesilapan menentang AC Milan
Jurularih Inter Milan, Simone Inzagh, optimis pasukan akan sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan derby menentang AC Milan di pusingan terakhir Supercoppa Italiana pada Isnin.
Dia beri segalanya, tutup mulut berang terhadap layanan PSSI selama ini -- Anak Shin Tae-yong
Berita tanpa di duga menimpa arena bola sepak Indonesia selepas Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasmi mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.
TERKINI: PSSI sah memecat jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasminya sah memecat ketua jurulatih skuad Indonesia, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.
Pemain naturalisasi baru Vietnam akur patah kaki
Penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, terpaksa akur selepas mengalami kecederaan patah kaki ketika ingin melakukan hantaran dalam perlawaan final kedua piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, malam tadi.
Gol minit akhir Ousmane Dembele pacu PSG rangkul Piala Super Perancis kali ke-13
Ousmane Dembele menjadi hero Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk memastikan pasukannya menewaskan Monaco 1-0 untuk menjulang rofi Piala Super Perancis kali ke-13.
LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, meletakkan harapan agar tonggak utamanya, Vinicius Junior, tidak akan digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika pasukannya membenam Valencia, kelmarin.
EPL: Amorim berang Manchester United gagal gigit Liverpool
Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, berasa 'sangat marah' selepas pasukannya seri 2-2 berdepan Liverpool awal pagi tadi, dengan mempersoalkan mengapa pasukannya tidak dapat mencapai tahap yang lebih baik dalam perlawanan di Anfield itu.
Final Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam atasi Thailand, peroleh kejayaan padam rekod cemerlang Gajah Perang
Vietnam muncul juara buat kali pertama sejak 2018 selepas menewaskan juara bertahan, Thailand, sekali gus menambah tiga koleksi piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.
Amat-amat menyedihkan -- penyerang legenda terkilan situasi landa Kedah
Penyerang legenda Kedah, Hasmawi Hassan, mengakui terkilan melihat situasi semasa yang sedang melanda Kedah Darul Aman, yang terus bergelut dengan masalah kewangan.
'Why can't we do this every week?' - Fernandes frustrated by Man Utd inconsistency
Fernandes annoyed by inconsistency
Luis Enrique hails PSG's fight after retaining Trophee des Champions
Luis Enrique hails PSG fight
NBA: Thunder top Celtics for 15th straight win
NBA: Thunder's win streak now 15
Inter out to avoid past derby mistakes against Milan
Inzaghi: Inter must avoid mistakes
Ancelotti hopeful Madrid star Vinicius will avoid suspension
Madrid hope Vini avoids suspension
McKenna frustrated as Ipswich pay the penalty at Craven Cottage
McKenna's Ipswich lose another lead
Le Bris hails Sunderland for overcoming physical Pompey test
Le Bris content with Black Cats win
Amorim 'really mad' at inconsistency as Man Utd show promise at Anfield
Amorim mad at Man Utd inconsistency
Slot happy with Liverpool mentality but acknowledges low block issue
Slot pleased with Reds mentality
PSG 1-0 Monaco: Stoppage-time Dembele goal wins record 13th French Super Cup
Report: PSG 1-0 Monaco