WATFORD 4 MANCHESTER UNITED 1
Ole Gunnar Solskjaer mengakui ada yang tidak kena di Manchester United selepas diaibkan dengan kekalahan besar di tangan Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.
The Red Devils tewas 1-4 kepada Watford di Vicarage Road -- kemenangan pertama lawan itu di gelanggang sendiri sejak permulaan musim ini.
Josh King dan Ismaila Sarr meletakkan The Hornets di depan selepas David de Gea menyelamatkan sepakan penalti dan walaupun Donny van de Beek merapatkan jurang itu, layangan kad merah buat kapten United, Harry Maguire, menyukarkan tugas mereka untuk mengubah keadaan.
Joao Pedro dan Emmanuel Dennis kemudian menjaringkan gol dalam waktu kecederaan untuk melengkapkan kekalahan kelima United daripada tujuh perlawanan liga terakhir untuk kini dibezakan enam mata dengan kelompok empat teratas.
United hanya dapat mengumpulkan empat mata daripada tujuh perlawanan terakhir, di mana ia merupakan rekod terburuk mereka sejak Disember 2001 dan ia juga kekalahan terbesar mereka kepada pasukan yang baru dinaikkan liga sepanjang era EPL.
Solskjaer, yang sebelum ini turut diabkan dengan kekalahan 0-5 kepada Liverpool sebelum tewas 0-2 kepada Manchester City di laman sendiri, menjelaskan bahawa perasaannya kini amat sugul dengan kekalahan terbaru itu.
Solskjaer juga berkata dia memahami kekecewaan penyokong, yang menyasarkan dirinya untuk melepaskan kemarahan.
"Ia sememangnya cabaran yang amat-amat besar buat semua orang di kelab ini," katanya kepada Sky Sports.
"Keputusannya tidak cukup baik buat kami, kami menyedarinya. Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.
"Saya dapat rasa apa yang penyokong rasa. Saya berperasaan sama seperti mereka.
"Kami dimalukan, hilang cara yang kami lakukan seperti sebelum ini. Kami berada dalam prestasi yang amat buruk, situasi yang buruk tetapi ia sebahagian daripada bola sepak dan saya tahu mereka akan sentiasa menyokong pasukan ini dan siapa sahaja yang bermain di atas padang.
"Maaf dengan persembahan ini," katanya.
Ditanya sama ada keputusan itu akan menjejaskan masa depannya, Solskjaer menambah: "Saya berkerja untuk dan bersama kelab ini. Sudah pasti, kami mempunyai komunikasi yang baik, dan jika kelab ini memikirkan untuk melakukan sesuatu, akan ada komunikasi sesama kami.
"Ia bukan sesuatu untuk saya gusarkan. Saya bekerja keras semampu saya bersama staf yang saya ada, staf yang amat luar biasa, orang hebat, pemain profesional yang baik.
"Tetapi buat masa ini, kami tidak mendapat keputusan yang baik, jadi saya faham persoalan anda.
"Saya tidak dapat membincangkannya di sini ketika ini," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Sun Nov 21 2021
Legenda Belanda bakal kendali Indonesia?
Indonesia dijangka membawa masuk pakar dari Belanda, Patrick Kluivert bagi mengambil alih skuad kebangsaan bagi menggantikan Shin Tae-yong.
Inter Milan enggan buat kesilapan menentang AC Milan
Jurularih Inter Milan, Simone Inzagh, optimis pasukan akan sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan derby menentang AC Milan di pusingan terakhir Supercoppa Italiana pada Isnin.
Dia beri segalanya, tutup mulut berang terhadap layanan PSSI selama ini -- Anak Shin Tae-yong
Berita tanpa di duga menimpa arena bola sepak Indonesia selepas Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasmi mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.
TERKINI: PSSI sah memecat jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasminya sah memecat ketua jurulatih skuad Indonesia, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.
Pemain naturalisasi baru Vietnam akur patah kaki
Penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, terpaksa akur selepas mengalami kecederaan patah kaki ketika ingin melakukan hantaran dalam perlawaan final kedua piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, malam tadi.
Gol minit akhir Ousmane Dembele pacu PSG rangkul Piala Super Perancis kali ke-13
Ousmane Dembele menjadi hero Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk memastikan pasukannya menewaskan Monaco 1-0 untuk menjulang rofi Piala Super Perancis kali ke-13.
LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'
Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, meletakkan harapan agar tonggak utamanya, Vinicius Junior, tidak akan digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika pasukannya membenam Valencia, kelmarin.
EPL: Amorim berang Manchester United gagal gigit Liverpool
Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, berasa 'sangat marah' selepas pasukannya seri 2-2 berdepan Liverpool awal pagi tadi, dengan mempersoalkan mengapa pasukannya tidak dapat mencapai tahap yang lebih baik dalam perlawanan di Anfield itu.
Final Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam atasi Thailand, peroleh kejayaan padam rekod cemerlang Gajah Perang
Vietnam muncul juara buat kali pertama sejak 2018 selepas menewaskan juara bertahan, Thailand, sekali gus menambah tiga koleksi piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.
Amat-amat menyedihkan -- penyerang legenda terkilan situasi landa Kedah
Penyerang legenda Kedah, Hasmawi Hassan, mengakui terkilan melihat situasi semasa yang sedang melanda Kedah Darul Aman, yang terus bergelut dengan masalah kewangan.
Guardiola wants Grealish to regain treble-winning form
Pep: Grealish must fight for place
Matsuyama delighted with 'great start' after making history in Hawaii
Matsuyama shoots 35 under
'Why can't we do this every week?' - Fernandes frustrated by Man Utd inconsistency
Fernandes annoyed by inconsistency
Luis Enrique hails PSG's fight after retaining Trophee des Champions
Luis Enrique hails PSG fight
NBA: Thunder top Celtics for 15th straight win
NBA: Thunder's win streak now 15
Inter out to avoid past derby mistakes against Milan
Inzaghi: Inter must avoid mistakes
Ancelotti hopeful Madrid star Vinicius will avoid suspension
Madrid hope Vini avoids suspension
McKenna frustrated as Ipswich pay the penalty at Craven Cottage
McKenna's Ipswich lose another lead
Le Bris hails Sunderland for overcoming physical Pompey test
Le Bris content with Black Cats win
Amorim 'really mad' at inconsistency as Man Utd show promise at Anfield
Amorim mad at Man Utd inconsistency