Setelah sekian lama menanti, Piala Dunia 2022 akhirnya dimulakan secara rasmi di bumi Qatar, dengan Stadium Al Bayt sebagai pentasnya.
Stadium itu diilhamkan daripada bentuk khemah Badwi, sebuah bangunan gergasi yang tersergam megah di tengah-tengah padang pasir yang luas terbentang.
Menakjubkan binaannya, gilang-gemilang acara pembukaannya, gemuruh sambutan daripada penyokongnya, tetapi tidak pada persembahan pasukan tuan rumahnya.
Bermula dari sorotan kamera terhadap pemain-pemain yang sedang bersiap-sedia untuk melangkah ke padang, perbezaan emosi yang dipamerkan kelihatan cukup berbeza di antara tuan rumah dan lawan mereka, Ecuador.
Pemain Qatar nyata gagal membendung rasa gugup, mundar-mandir tanpa henti dan seolah-olah tidak sabar hendak bermula bagi mengakhiri keresahan yang dialami.
Berbeza sekali dengan pasukan Ecuador yang langsung tidak menunjukkan sebarang emosi pada riak wajah mereka, hanya fokus dan serius terhadap tanggungjawab yang bakal dipikul.
Hanya tiga minit selepas wisel permulaan ditiupkan, Ecuador memenangi sepakan percuma yang pantas dilambungkan ke arah pintu gol Qatar.
Penjaga gol, Saad Al Sheeb, meluru keluar untuk menampan bola, namun sama sekali tidak menemui sasaran dan bergelut untuk memperbetulkan semula posisi bertahan.
Tempoh yang singkat itu digunakan sebaik-baiknya oleh pemain Ecuador, Felix Torres untuk melakukan hantaran menerusi kaedah sepakan gunting ke arah kapten pasukan, Enner Valencia, yang mudah menanduk masuk ke dalam gawang yang tidak berpenghuni.
Ecuador bersorak gembira, pasukan tuan rumah terdiam terpaku, namun secara tiba-tiba sistem VAR muncul untuk menjadi penyelamat.
Menurut laporan akhbar Daily Mail, sistem VAR dalam kejohanan kali ini akan diperkasakan lagi oleh kecerdasan buatan serta penderia yang dipasang di dalam bola bagi menentukan keputusan paling tepat yang patut diambil.
Jika benar seperti yang dikhabarkan, ia sungguh menghairankan mengapa gol Ecuador itu dibatalkan gara-gara ofsaid sedangkan pandangan dari sudut mana sekalipun tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa keputusan tersebut patut diambil.
Pemain yang ofsaid bukanlah Torres yang menghantar bola, mahupun Valencia yang menanduk masuk, tetapi Michael Estrada, pemain yang menghalang Saad Al Sheeb daripada menampan bola dari awal lagi.
Ia merupakan keputusan yang cukup kontroversi dan pastinya bakal diperhatikan lebih lanjut dalam kesemua perlawanan yang akan datang.
Biarpun gol itu dibatalkan, Ecuador tidak perlu menunggu lama untuk sekali lagi membolosi gawang Qatar.
Pada minit ke-15, Valencia menerpa masuk ke kawasan penalti, menyebabkan Saad Al Sheeb kelam-kabut cuba merampas bola dari kakinya. Bola gagal dirampas, kaki Valencia pula yang disambar -- sepakan penalti.
Valencia dengan tenang meleretkan bola ke arah kanan gawang, manakala Saad Al Sheeb melompat ke arah bertentangan -- akhirnya gol pertama yang sah buat Ecuador.
Selang 15 minit, Valencia sekali lagi tampil untuk menghantui Qatar menerusi tandukan padu hasil hantaran silang pemain bek kanan, Angelo Preciado.
Kali ini tiada kesilapan daripada Saad Al Sheeb kerana tandukan tersebut sememangnya tidak dapat diselamatkan.
Agak malang buat Valencia, dia mengalami kecederaan hamstring tidak lama kemudian, namun masih cekal bertahan demi cuba mendapatkan jaringan hatrik. Sayang sekali, pada separuh masa kedua, lututnya pula turut cedera dan memaksa dia ditukar akhirnya.
Sepanjang 90 minit, sesuatu yang teramat nyata adalah betapa jauhnya perbezaan kualiti di antara Ecuador dan Qatar, sehinggakan artikel akhbar The Guardian melabelkan Qatar sebagai 'persembahan paling teruk pasukan tuan rumah dalam sejarah Piala Dunia'.
Kita nantikan mampukah Qatar bangkit semula dalam perlawanan seterusnya.
Asmawi Bakiri
Mon Nov 21 2022
Copa America: Ecuador hidup peluang ke suku akhir atasi Jamaica
Ecuador menghidupkan peluang untuk layak ke suku akhir Copa America apabila menewaskan Jamaica 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Las Vegas sebentar tadi.
Piala Dunia: Cisse dedikasi kemenangan buat Sadio Mane
Aliou Cisse memberi penghormatan kepada Sadio Mane yang tidak dapat beraksi selepas Senegal menempah slot ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar dengan kemenangan 2-1 ke atas Ecuador semalam.
Piala Dunia Qatar: Belanda, Senegal ke pusingan 16
Belanda dan Senegal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebentar tadi.
Tuan rumah tidak dijanjikan sebarang kelebihan
Setelah sekian lama menanti, Piala Dunia 2022 akhirnya dimulakan secara rasmi di bumi Qatar, dengan Stadium Al Bayt sebagai pentasnya.
Piala Dunia Qatar: Sanchez optimis penyokong masih lagi kekal di belakang Qatar
Ketua jurulatih Qatar, Felix Sanchez, berkata, pasukannya berasa masih lagi mendapatkan sokongan walaupun penyokong meninggalkan stadium secara besar-besaran semasa kekalahan 2-0 kepada Ecuador dalam perlawanan Piala Dunia pertama mereka.
Piala Dunia Qatar: Dua gol Valencia kecewakan tuan rumah
Enner Valencia menjaringkan dua gol ketika Ecuador mengatasi tuan rumah, Qatar 2-0 dalam aksi pertama Piala Dunia Qatar, awal pagi tadi.
Piala Dunia Qatar: Ecuador gugur Byron Castillo elak isu berbangkit
Ecuador mengetepikan Byron Castillo daripada skuad Piala Dunia bagi mengelakkan "sekatan yang tidak adil" di sebalik Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memberi lampu hijau buat pertahanan itu.
Piala Dunia Qatar: CAS buat keputusan kekalkan penyertaan Ecuador
Ecuador akan kekal bersaing dalam Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November ini selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berpihak kepada mereka berikutan percubaan Chile dan Peru menyingkirkan negara berkenaan daripada kejohanan itu.
Piala Dunia Qatar: FIFA gugur dakwaan Ecuador guna pemain tidak sah
Ecuador akan bermain dalam Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar selepas rayuan Chile berhubung kelayakan pertahanan Ecuador, Byron Castillo, ditolak oleh badan induk dunia itu.
Copa America: Scaloni puji Messi pemain terbaik sepanjang zaman
Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, memuji Lionel Messi sebagai "pemain terbaik sepanjang zaman" selepas bintang La Albiceleste itu menjaringkan satu gol dan mencetus dua jaringan lain ketika menewaskan Ecuador 3-0 dalam suku akhir Copa America hari ini.
Lopetegui: The most important thing is that Antonio is alive
Lopetegui thankful Antonio is OK
NBA: Bucks, Thunder advance to title game of NBA Cup
Bucks, Thunder reach NBA Cup final
Villa victory a big moment for high-flying Forest, says Nuno
Nuno hails Forest win as big moment
Rayo Vallecano 3-3 Real Madrid: Champions frustrated in six-goal thriller
Report: Rayo 3-3 Real Madrid
Juventus 2-2 Venezia: Stoppage-time Vlahovic penalty keeps hosts unbeaten
Report: Juventus 2-2 Venezia
Conte hails Napoli response after comeback victory
Conte hails Napoli response
Verstappen serves penalty for swearing hours before prize ceremony
Verstappen serves penalty
'Worried' Michel bemoans Girona's lack of intensity in Mallorca defeat
Michel worried about Girona form
South Africa win Pakistan series 2-0 as Johannesburg T20I rained off
South Africa v Pakistan abandoned
Udinese 1-3 Napoli: Lukaku inspires comeback for title-chasing visitors
Report: Udinese 1-3 Napoli