Piala Dunia Qatar: Sanchez optimis penyokong masih lagi kekal di belakang Qatar
Ketua jurulatih Qatar, Felix Sanchez, berkata, pasukannya berasa masih lagi mendapatkan sokongan walaupun penyokong meninggalkan stadium secara besar-besaran semasa kekalahan 2-0 kepada Ecuador dalam perlawanan Piala Dunia pertama mereka.
Ammar Hakim
Mon Nov 21 2022
Ketua jurulatih Qatar, Felix Sanchez, berkata, pasukannya berasa masih lagi mendapatkan sokongan walaupun penyokong meninggalkan stadium secara besar-besaran semasa kekalahan 2-0 kepada Ecuador dalam perlawanan Piala Dunia pertama mereka.
Enner Valencia merosakkan penampilan pertama tuan rumah dengan dua gol pada separuh masa pertama dalam perlawanan pembukaan kejohanan di Stadium Al-Bayt awal pagi tadi.
Valencia turut memperoleh jaringan di awal permainan namun dibatalkan VAR kerana ofsaid, tetapi Qatar tetap ditewaskan dan gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat ke sasaran ketika mempamerkan persembahan yang kurang memberangsangkan.
Mereka menjadi tuan rumah pertama tewas dalam aksi pembukaan Piala Dunia, dan ramai ahli penonton jelas tidak mengagumi persembahan mereka selepas awal meninggalkan stadium pada separuh masa kedua.
Sanchez memberi tumpuan untuk cuba menjadikan Qatar lebih berdaya saing daripada meratapi penyokong yang tidak bersama pasukan mereka, dengan pertemuan Kumpulan A menentang Belanda dan Senegal akan datang.
"Sejujurnya, saya mempunyai usaha yang banyak perlu dilakukan berbanding melihat apa yang berlaku," kata pengendali kelahiran Sepanyol itu.
“Kami berasakan masih lagi mendapatkan sokongan dan berharap untuk perlawanan seterusnya, orang ramai akan berasa lebih bangga dan terus menyokong kami hingga ke penghujung kejohanan.
"Suasananya hebat, ramai yang telah menantikan perlawanan ini."
“Kami tahu [kekalahan] boleh berlaku dan ia kadangkala sukar untuk diterima. Kami akan cuba belajar dari hari ini dan saya pasti kami akan membuatkan orang berasa lebih gembira dengan persembahan kami."
Qatar gagal mendapatkan rentak dan Sanchez tidak memberikan alasan untuk persembahan yang hambar itu.
“Tiada alasan, kami ingin mengucapkan tahniah kepada lawan kami, mereka berhak menang,” tambahnya.
"Terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Mungkin perasaan gemuruh menguasai kami. Kami tidak bermula dengan baik. Ia adalah permulaan yang mengecewakan."