Shaiful Shamsudin
Wed Nov 16 2022
Ecuador mengetepikan Byron Castillo daripada skuad Piala Dunia bagi mengelakkan "sekatan yang tidak adil" di sebalik Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memberi lampu hijau buat pertahanan itu.
Castillo menjadi subjek pertikaian selepas Chile dan Peru mengadu kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bahawa dia tidak layak untuk mewakili Ecuador dalam kempen kelayakan.
Federacion de Futbol de Chile menyerahkan bukti bahawa Castillo sebenarnya dilahirkan di Colombia dan bukannya Ecuador, seperti yang tercatat dalam dokumen rasminya.
FIFA, bagaimanapun, menolak kesemua pertuduhan itu Jun lalu dan sekali lagi pada September lalu berikutan kehadiran bukti baru apabila Chile dan Peru mengheret kes berkenaan ke CAS untuk rayuan lanjut.
Begitupun, perbicaraan bulan ini memutuskan "tiada pelanggaran peraturan mengenai proses perlawanan kelayakan telah berlaku", sekali gus membolehkan Ecuador dan Castillo bebas untuk bersaing di Qatar.
Tetapi semalam, Ecuador yang menjadi salah satu pencabar tuan rumah, Qatar, di peringkat kumpulan enggan mengambil risiko apabila menggugurkan nama Castillo dalam skuad 26 pemain.
Persekutuan Bola Sepak Ecuador berkata dalam satu kenyataan: "Proses yang perlu kami lalui bukanlah mudah, lebih-lebih lagi buat pemain itu sendiri yang merupakan sebahagian daripada keluarga kami.
"Bagi mengelakkan sekatan yang tidak adil lagi, Persekutuan Bola Sepak Ecuador berasa bertanggungjawab untuk tidak menyenaraikan Byron Castillo Segura dalam senarai akhir yang telah diserahkan kepada FIFA."
Castillo tampil lapan kali dalam kempen kelayakan zon Amerika Selatan untuk membantu Ecuador menamatkan saingan di tempat keempat yang merupakan slot terakhir kelayakan automatik.
Peru menduduki tempat kelima dan dikalahkan 4-5 oleh Australia menerusi penentuan sepakan penalti berikutan buntu tanpa jaringan dalam aksi play-off di antara benua, manakala peluang Chile yang berada di tempat ketujuh sudah tertutup sepenuhnya.
Ecuador akan menyusuli pertembungan membuka tirai menentang Qatar, Isnin depan, dengan bertemu Belanda dan Senegal dalam Kumpulan A.
Copa America: Ecuador hidup peluang ke suku akhir atasi Jamaica
Ecuador menghidupkan peluang untuk layak ke suku akhir Copa America apabila menewaskan Jamaica 3-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Las Vegas sebentar tadi.
Piala Dunia: Cisse dedikasi kemenangan buat Sadio Mane
Aliou Cisse memberi penghormatan kepada Sadio Mane yang tidak dapat beraksi selepas Senegal menempah slot ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar dengan kemenangan 2-1 ke atas Ecuador semalam.
Piala Dunia Qatar: Belanda, Senegal ke pusingan 16
Belanda dan Senegal layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir Kumpulan A sebentar tadi.
Tuan rumah tidak dijanjikan sebarang kelebihan
Setelah sekian lama menanti, Piala Dunia 2022 akhirnya dimulakan secara rasmi di bumi Qatar, dengan Stadium Al Bayt sebagai pentasnya.
Piala Dunia Qatar: Sanchez optimis penyokong masih lagi kekal di belakang Qatar
Ketua jurulatih Qatar, Felix Sanchez, berkata, pasukannya berasa masih lagi mendapatkan sokongan walaupun penyokong meninggalkan stadium secara besar-besaran semasa kekalahan 2-0 kepada Ecuador dalam perlawanan Piala Dunia pertama mereka.
Piala Dunia Qatar: Dua gol Valencia kecewakan tuan rumah
Enner Valencia menjaringkan dua gol ketika Ecuador mengatasi tuan rumah, Qatar 2-0 dalam aksi pertama Piala Dunia Qatar, awal pagi tadi.
Piala Dunia Qatar: Ecuador gugur Byron Castillo elak isu berbangkit
Ecuador mengetepikan Byron Castillo daripada skuad Piala Dunia bagi mengelakkan "sekatan yang tidak adil" di sebalik Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memberi lampu hijau buat pertahanan itu.
Piala Dunia Qatar: CAS buat keputusan kekalkan penyertaan Ecuador
Ecuador akan kekal bersaing dalam Piala Dunia Qatar 2022 bermula 20 November ini selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berpihak kepada mereka berikutan percubaan Chile dan Peru menyingkirkan negara berkenaan daripada kejohanan itu.
Piala Dunia Qatar: FIFA gugur dakwaan Ecuador guna pemain tidak sah
Ecuador akan bermain dalam Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar selepas rayuan Chile berhubung kelayakan pertahanan Ecuador, Byron Castillo, ditolak oleh badan induk dunia itu.
Copa America: Scaloni puji Messi pemain terbaik sepanjang zaman
Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, memuji Lionel Messi sebagai "pemain terbaik sepanjang zaman" selepas bintang La Albiceleste itu menjaringkan satu gol dan mencetus dua jaringan lain ketika menewaskan Ecuador 3-0 dalam suku akhir Copa America hari ini.
Rice and Arteta hail 'unbelievable' Lewis-Skelly after derby day debut
Rice and Arteta praise Lewis-Skelly
'Average' Warriors must improve without being reckless, fumes Curry
Curry wants Warriors to improve
Australian Open: Title favourite Sinner overcomes first-set wobble
Sinner hits back at Rod Laver Arena
'We are not stupid' - Foden concedes Man City's title defence is over
Foden: The title race is over
Australian Open: Sonego ends Fonseca's dream run in five-set thriller
Sonego defeats Fonseca in Melbourne
Australian Open: Raducanu feared 'bad blood' with Murray after Wimbledon withdrawal
Raducanu feared for Murray
Simeone lauds Atletico's fringe players in Copa del Rey triumph
Simeon lauds Atletico fringe team
Ipswich announce arrival of Villa's Philogene on permanent deal
Philogene completes Ipswich move
Bayern hungry to right last season's wrongs, says Kompany
Kompany: Bayern are hungry to win
McKenna and Hurzeler laud 'special' Delap ahead of Portman Road clash
Preview: Ipswich v Brighton