Muzaffar Musa
Sun Jul 04 2021
Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, memuji Lionel Messi sebagai "pemain terbaik sepanjang zaman" selepas bintang La Albiceleste itu menjaringkan satu gol dan mencetus dua jaringan lain ketika menewaskan Ecuador 3-0 dalam suku akhir Copa America hari ini.
Messi muncul arkitek pasukannya untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Copa America, di mana mereka akan menentang Colombia di Brasilia, Rabu ini.
Pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu membantu jaringan pembukaan Rodrigo De Paul pada minit ke-40 sebelum turut melakukan perkara sama ketika Lautaro Martinez menemui sasaran pada minit ke-85.
Messi kemudian menjaringkan satu gol dalam waktu kecederaan menerusi sepakan percumanya untuk kini merekodkan 76 gol daripada 149 penampilan bersama Argentina.
"Permainan Leo, saya sejujurnya tidak tahu adakah dia akan penat menerima pujian hari ini," kata Scaloni dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Perkara terbaik buat kita sebagai peminat bola sepak adalah melihat bintang seperti ini terus bermain sehingga tahap umur yang mereka mampu dan kita menikmatinya.
"Messi merupakan satu kegembiraan, termasuk buat pemain lawan ketika mereka berdepannya. Kita sedang bercakap mengenai pemain terbaik sepanjang zaman.
"Amat sukar untuk seorang pemain berada di tahapnya. Neymar pada satu ketika akan menjadi pemain seperti itu tetapi dengan apa yang telah dilakukannya dan akan terus dilakukannya, kita perlu memperingatinya sebagai dirinya sendiri," katanya.
"Tidak, beliau tidak akan dinaturalisasi"
Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Dito Ariotedjo menjawab desas-desus berkaitan proses naturalisasi pemain bola sepak kelahiran Belanda, Mitchel Bakker dalam satu komen di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Rangka kerja ‘bertaraf dunia’, Craig kagum visi TMJ revolusi skuad kebangsaan
Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr. Craig Duncan, telah meletakkan satu penanda aras sebaik dipilih bagi menyertai projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Misi Terengganu bawa bekalan selesa ke SSI
Ikuti perkembangan persiapan terakhir Terengganu bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi perlawanan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak, malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Pertemuan separuh akhir Terengganu lawan JDT
Terengganu akan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam pertembungan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak.
Saya akan cuba sedaya upaya, Rob Friend rangka pelan jangka masa panjang
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, mahu membantu menaikkan semula martabat bola sepak Malaysia dan memenuhi segala perancangan yang bakal dilaksanakan bermula hari ini.
Tertanya-tanya, faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia -- CEO skuad kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara kembali ke persada tertinggi dunia.
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp anjur parti jika gelaran EPL Man City ditarik semula
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, bakal menganjurkan pesta di Mallorca, Sepanyol jika gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City ditarik berikutan siasatan terhadap 115 pertuduhan mereka.
Pelan Strategik Fasa 2 F:30 dalam landasan tepat, 23 pengadil Malaysia terima tauliah FIFA
Seramai 23 pengadil tempatan didaftarkan sebagai Pengadil Rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang memberi peluang buat mereka boleh mengendalikan perlawanan bertaraf antarabangsa, tahun ini.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Tonggak Harimau Malaya, Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepada dirinya sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.
EPL: Calon juara, Arsenal tewaskan Spurs dalam aksi Derbi London
Calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, memintas kedudukan Nottingham Forest dalam carta liga untuk menghuni tempat kedua di belakang pendahulu, Liverpool, selepas menewaskan seterus utama mereka dalam aksi Derbi London, sebentar tadi.
Rice and Arteta hail 'unbelievable' Lewis-Skelly after derby day debut
Rice and Arteta praise Lewis-Skelly
'Average' Warriors must improve without being reckless, fumes Curry
Curry wants Warriors to improve
Australian Open: Title favourite Sinner overcomes first-set wobble
Sinner hits back at Rod Laver Arena
'We are not stupid' - Foden concedes Man City's title defence is over
Foden: The title race is over
Australian Open: Sonego ends Fonseca's dream run in five-set thriller
Sonego defeats Fonseca in Melbourne
Australian Open: Raducanu feared 'bad blood' with Murray after Wimbledon withdrawal
Raducanu feared for Murray
Simeone lauds Atletico's fringe players in Copa del Rey triumph
Simeon lauds Atletico fringe team
Ipswich announce arrival of Villa's Philogene on permanent deal
Philogene completes Ipswich move
Bayern hungry to right last season's wrongs, says Kompany
Kompany: Bayern are hungry to win
McKenna and Hurzeler laud 'special' Delap ahead of Portman Road clash
Preview: Ipswich v Brighton