Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, membutirkan pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 10 meter platform seirama sebentar tadi.

Saingan hari pertama acara terjun menyaksikan wakil negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berentap di saingan akhir 10 meter platfom seirama.

Terjunan pertama, pasangan negara meraih 48 mata menerusi darjah kesukaran 2.0.

Terjunan kedua -- masih dengan darjah kesukaran yang sama, pasangan negara itu meraih keputusan 46.80 mata untuk berada di kedudukan kedua keseluruhan di belakang China sementara gandingan Korea Selatan di tempat ketiga.

Sayangnya terjunan ketiga -- entri kurang kemas Pandelela memaksa Malaysia akur meraih 53.10 mata sebelum sekali lagi mempamer terjunan kurang kemas menyaksikan Malaysia jatuh di kedudukan keempat.

Mujur Pandalela-Dhabitah mengutip semula semangat perjuangan yang ada untuk memastikan terjunan menjadi yang memahat pungutan mata tertinggi dengan 65.28 mata hasil darjah kesukaran 3.2 untuk pasangan negara itu menamatkan saingan pingat gangsa, medal pertama kem terjun di Hangzhou yang juga merupakan gangsa kesembilan Malaysia.