Ramai pasti memilih bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, 41, sebagai wirawati sukan terbaik negara.

Sikap merendah diri, mudah mesra dan menghormati orang lain menjadikan Nicol idola bukan saja peminat sukan skuasy tetapi penduduk dunia.

Sejak bersara pada 2019, Malaysia hilang permata sukan negara.

Juara Dunia 8 kali, emas Sukan Asia 7 kali dan emas Sukan Komanwel 2 kali –- siapa mampu mencabar rekod Nicol?

Beliau hanya tidak pernah raih emas Sukan Olimpik, itupun kerana skuasy hanya akan dipertandingkan di LA2028.

Jika diberi pilihan memilih tiga wirawati sukan terbaik negara:

1. Datuk Nicol Ann David
2. Datuk Shalin Zulkifli
3. Datuk Pandelela Rinong

Siapa pula pilihan anda?

Apapun, semoga mereka gembira dengan karier, keluarga dan sahabat handai apatah lagi ketika ini hanya Pandelela masih aktif.

Terima kasih atas jasa dan Selamat Hari Wanita Sedunia!